Sunday, November 9, 2008

mensyuarat JKKK

mensyuarat yang diadakan pada 4/11/2008 sebulat suara telah meluluskan agar TNB dapat membetulkan lampu jalan yang mana tidak menyala,mendapat kelulusan MPS menyambung semula longkang yang selama ini dibuat hanya separuh,kelulusan JKR membuat bonggol jalan masuk sekolah agama,menjalankan bancian penduduk di kampung melayu dan membuka pejabat kidmat masyarakat di balia raya kampong melayu

Saturday, November 8, 2008

kuasa dalam kuasa

dalam pemerintahan pakatan rakyat sekarang ada kuasa dalam kuasa.diselangor umpamanye kita memerintah tapi di perintah.ini bermakna kita masih dijajah oleh UMNO mereka takmahu mengaku kekalan mereka.kata org buat muka tak malu je lah.begitulah yang terjadi di kampong aku ini.semua hak kerajaan mengaku hak sendiri seperti balai ketua kampong,balai raya dan dewan orang ramai.

Thursday, April 24, 2008

"Mereka mula gelabah" Anwar

Oleh Anwar Ibrahim
Khamis, 24 April 2008

Semalam di Sabah
Bikin penguasa gelabah
Ada konco melatah
Konon kita merasuah!


Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!

Sambutan di dewan sesak, termasuk dikalangan rakyat dan profesional. Majlis disusuli dgn penerimaan ribuan ahli baru.

Sdr Ansari dan Dr Jeffrey memulakan ucapan menekankan masa depan terjamin dibawah KeADILan dan Pakatan Rakyat.

Saya menyorot kembali pengalaman Pilihanraya Umum Ke-12 yang dinodai dengan penipuan dan tipu helah. Namun kemenangan di Semenanjung cukup menakjubkan.

Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus.

Maka sukar buat Ahli Parlimen menolak pelawaan kita berdasarkan tawaran yang menunjukkan kepedulian terhadap rakyat.

Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!

Tuesday, April 8, 2008

Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalam Black 14 perhimpunan khas countdown rakyat seperti di bawah

Tarikh : 14 April 2008
Masa : 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, Kuala Lumpur

Pakatan Rakyat: "Media jangan putar belit" Presiden PAS

Image
RELAKS... Presiden PAS dan Setiausaha Agung DAP dalam majlis baru-baru ini.

Oleh HarakahDaily
Selasa, 08 April 2008

TASEK GELUGOR: Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan para pengamal media negara ini supaya tidak memutarbelitkan kenyataan kepimpinan Pakatan Rakyat sebaliknya membantu merealisasikan sebagai sebuah pakatan baru untuk memimpin negara ini ke arah lebih telus, efisen dan cemerlang.

Pakatan ini juga akan mengantikan Barisan Nasional (BN) yang sudah rapuh serta reput seperti dimakan anai-anai.

"Para pengamal media di negara ini disaran lebih terbuka untuk membantu Pakatan Rakyat merealisasikan sebagai pengganti BN yang sudah reput dari dalam macam kayu dimakan anai-anai, " jelasnya ketika berucap dalam majlis 'Pidato Perdana' anjuran PAS Pulau Pinang bertempat di Dewan Besar Sungai Dua semalam.

Sejak mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu BN dilihat tidak mampu lagi mentadbir negara ini ekoran kemelut dalaman parti dan tidak konsisten barisan kabinet yang diinginkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila ada kalangan yang dilantik bertindak meletakkan jawatan yang diamanahkan kepada mereka.

Natijahnya kata beliau, barisan kabinet yang wujud merupakan kabinet rapuh dan boleh tumbang bila-bila masa sekaligus memberi peluang Pakatan Rakyat muncul memerintah negara.

"Pakatan Rakyat mahukan keutuhan jalinan antara parti yang menganggotainya agar negara ini dapat diselamatkan daripada cemuhan rakyat dan pandangan negara luar yang selama ini beranggapan Malaysia bersih daripada anasir korupsi," tambahnya di hadapan ribuan hadirin.

Kata beliau, PAS khususnya akan lebih berhati-hati dalam Pakatan Rakyat kerana tidak mahu pengalaman lalu berulang yang akhirnya BN ketawa besar kerana dapat memerintah dengan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-11.

Begitu juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat seperti Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) diharap dapat memupuk jalinan yang padu kerana kesepakatan BN sehingga kini masih tidak berupaya mencari titik pertemuan punca sebenar kekalahan mereka.

"Umno dalam BN sering menyalahkan parti lain. Terbaru Umno sedang rancak cari orang yang berpaling tadah atau gunting dalam lipatan. Buatlah formula apapun seperti memohon veteran Umno bersatu memastikan Umno seimbang kembali ia tidak akan berjaya kerana rakyat benar-benar menggunakan kuasa yang ada menghukum kerajaan yang zalim dan membiarkan rasuah berleluasa, " terangnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Jelas Abdul Hadi lagi, jika Umno mahu selamat mereka perlu buat perubahan drastik iaitu menghapuskan sistem kroni, rasuah politik, memulihkan sistem kehakiman, kepolisan, membebaskan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) dan menghapuskan Akta Univesiti (Auku) atau mesin cetak untuk kelonggaran akhbar menyampaikan maklumat sebenar.

Sebelum itu dalam program yang sama Abdul Hadi menerima 200 borang keahlian PAS yang baru daripada PAS Kawasan Tanjung dan Cawangan Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor.

Berceramah sama dalam program itu ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Haji Malek Kasim; Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd Fairuz Khairudin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Friday, April 4, 2008

Hishammuddin sudah berundur, beranikah Khairy menawar diri?

Mohd Rashidi Hassan
Fri | Apr 04, 08 | 12:43:09 am MYT

Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menarik diri dari mengekalkan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang disandang beliau selama 10 tahun sekaligus membuka laluan kepada orang baru untuk merebut jawatan pada pemilihan Umno yang dijadualkan Disember depan.

Setakat ini kedudukan Hishammuddin tidak pernah digugat. Beliau tidak pernah didesak meletakkan jawatan.

Hishammuddin tidak pernah dipersalahkan akibat kegagalan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum lepas.

Namun, apabila Hishammuddin, yang bukan sahaja dilihat sebagai sepupu Timbalan Perdana Menteri, namun beliau adalah 'orang paling kanan' dalam hiraki kumpulan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, mengumumkan tidak bertanding ia menimbulkan seribu persoalan.

Atas tujuan apa beliau mengundur diri, hanya dia sahaja yang mengetahui. Tetapi tidak mustahil pendirian ini diambil kerana beliau menyedari kekuatan 'musuhnya' sudah tumpul.

Pada waktu ini, dua orang menawarkan diri untuk bertanding iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan anak bekas Perdana Menteri, Dato' Mukhriz Mahathir. Kedua-duanya bukan musuh Hishammuddin. Malah mereka berdua, sudah menyatakan tidak akan bertanding jika Hishamuddin mengekalkan jawatan.

Maka untuk tujuan apa Hishammuddin memilih untuk mengundur diri? Apakah Hishammuddin mahu membuka perangkap? Perangkap untuk siapa?

Tidak mustahil, tindakan Hishammuddin ini boleh dilihat sebagai antara 'gerakan politik' kumpulan Najib untuk menyusun orang-orangnya sebagai persediaan menguasai parti menjelang pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Disember nanti.

Hala tuju Khairy sedang dinanti

Cumanya, orang-orang Umno sedang menunggu-nunggu orang yang disebut-sebut bertanding sebelum ini, menantu PM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyepi seribu bahasa selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lepas, memberi tamparan hebat kepada bapa mertuanya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beberapa bulan sebelum PRU, nama Khairy sentiasa dilambung dan dijulang media. Selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda, beliau dilihat sering diberikan tempat menyatakan pendirian bagi pihak Pemuda Umno dan ditonjolkan hingga menenggelamkan populariti Hishamuddin.

Malah, ketika Perhimpunan Agung Umno tahun lepas, Khairy dilihat begitu gagah ketika itu. Kemaraannya sudah tidak mampu disekat. Banyak sumber dalaman Umno mengatakan, orang-orang Khairy sudah disusun menguasai pemuda Umno Bahagian. Mereka hanya menanti masa yang sesuai untuk menabalkan Khairy.

Ketika itu Hishammuddin dikatakan ada menyuarakan hasrat, tidak berani mengekalkan Ketua Pemuda kerana takut kuota pencalonan tidak mencukupi.

Hishammuddin sudah terpinggir. Ketika itu beliau dikhabarkan bukan menimbang untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Malah hanya sekadar ke jawatan Majlis Tertinggi sahaja.

Sebagai Naib Ketua, Khairy lah antara yang paling layak merebut jawatan Ketua Pemuda. Namun dalam keadaan sekarang beliau tidak mempunyai taring lagi, kekuatannya sudah tumpul.

Khir Toyo dan Muhriz adalah musuh utama Khairy dalam Pergerakan Pemuda Umno. Mukhriz disabotaj beberapa tahun lepas sehingga tidak layak bertanding jawatan Naib Ketua, kerana tidak cukup kouta pencalonan.

Orang-orang Umno memang mengetahui Khir Toyo adalah antara pemimpin yang tidak disukai Khairy. Semasa menjadi MB Selangor, Khir begitu marah dengan laporan TV3 yang dikatakan banyak mensabotaj dan cuba menjatuhkannya.

Malah ada sumber-sumber memberitahu, Khairy melalui orang kanannya iaitu Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Dato' Norza Zakaria, mengupah bekas pemimpin KeADILan untuk menghentam Khir Toyo.

Setakat ini, Khir dikhabarkan sedia untuk bergabung dengan Muhkriz dan memberi laluan kepada Mukhriz bertanding Ketua Pemuda.

Ini merupakan ancaman paling besar kepada Khairy.

PRU ke-12 menyekat kemaraan Khairy

Jika PRU baru-baru ini, Barisan Nasional berjaya mengulangi kejayaan yang ditempa pada PRU 2004, sudah pasti Khairy tidak boleh ditolak sebagai bakal Ketua Pemuda Umno.

Namun, apa yang berlaku ternyata berbeza. Rakyat bukan sekadar menghukum BN dan komponennya seperti Umno, MCA, Gerakan dan MIC yang merudum dan hampir melingkup.

Yang utamanya rakyat menghukum Abdullah Badawi. Lebih tepat lagi sebagaimana dakwaan Dr Mahathir, antara punca utama kegagalan BN dalam PRU ke-12 lepas adalah kerana Khairy Jamaluddin.

Penegasan ini dibuat Mahathir pada sidang akhbarnya 9 Mac lepas. Penegasan bahawa Khairy punca kejatuhan BN diulangi di Petaling Jaya 1 April lepas.

Masalah besar kepada Khairy bukannya soal peluang untuk merebut jawatan Ketua Pemuda. Yang paling utama dan terdesak bagi beliau ialah, bagaimana hendak mempertahankan kedudukan bapa mertuanya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Walaupun Najib, Naib Presiden dan beberapa orang pemimpin Umno menegaskan pendirian, berdiri teguh di belakang Abdullah, belum tentu dihati kecil mereka, Abdullah layak memimpin setelah kekalahan paling teruk dan memalukan menimpa Umno/BN.

Desakan supaya Abdullah berundur, terus bergema dalam Umno. Lagi banyak desakan, lagi memeningkan kepala Khairy.

Lagi banyak kenyataan terpaksa dibuat untuk mempertahankan kedudukan Abdullah yang semakin goyah, ia menunjukkan akar umbi Umno mahukan perubahan dan tidak mahu berketuakan pemimpin yang lemah.

Jika Abdullah terpaksa melepaskan jawatan, sudah tentu masa depan politik Khairy akan musnah.

Justeru, Khairy harus membuat pertimbangan yang bijak, apakah dalam keadaan Umno sekarang, beliau cukup kuat menghadapi gandingan Muhkriz-Khir Toyo?

Menghadapi gandingan Mukhriz-Khir Toyo bukan senang. Pengunduran Hishammuddin seolah-olahnya suatu jerangkap samar buatnya. Hendak menempuh mara pun susah, jika berundur, ditempelak pula nanti.

Khairy juga harus menimbang, cukupkah sekadar mempertahankan jawatan Naib Ketua? Atau mungkin ke mana sahaja beliau pergi, orang-orang Umno sudah menyediakan lawan untuknya.

Khairy memang sedar, musuh-musuhnya dalam parti cukup banyak. Jika beliau tersungkur atau kalah bertanding, karier politiknya akan musnah.

Tetapi sebagai anak jantan, Khairy juga barangkali belum tentu mahu mengalah. Beliau juga ada pengikut setianya sendiri. Banyak mana pengikutnya, masihkah setia seramai dulu, tidak pula diketahui.

Apa pun Khairy harus sedar, nilai kesetiaan dalam Umno tidak boleh dipercayai. Hakikat membuktikan, Umno merupakan satu-satunya parti yang tercemar angkara politik wang. Ramai yang digantung dan diambil tindakan kerana terbabit politik wang.

Nilai kesetiaan dalam Umno tidak berpaksi kepada ketokohan dan jasa seorang pemimpin. Nilai kesetiaan ditentukan oleh banyak mana helaian Ringgit Malaysia yang bertaburan, menjelang dan pada waktu pemilihan dibuat.

Dalam keadaan sekarang Khairy tidak ada pilihan. Beliau terpaksa menyatakan pendiriannya, jawatan mana yang hendak direbutnya dalam kadar segera.

Atau apakah Khairy sanggup digelar orang-orang Umno sebagai politikus bacul?

Thursday, April 3, 2008

"Pakatan Rakyat cadang terbit akhbar, TV, radio sendiri" Tian Chua

Oleh Harakahdaily
Khamis, 03 April 2008

KL: Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan KeADILan akan memohon menerbitkan akhbar mereka sendiri.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dengan wakil-wakil parti lain untuk membuka lebih ruang kepada penerbitan supaya rakyat mendapat maklumat dengan lebih seimbang.

"Ia merupakan inisiatif pihak Pakatan Rakyat memandangkan sekatan yang dibuat pihak kerajaan Umno-BN menerusi liputan media yang tidak adil dan menyalahi fakta yang sebenarnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

"Selain itu, kita juga akan turut membincangkan mengenai permohonan bagi saluran televisyen dan radio bagi membolehkan kita menyalurkan maklumat dan aktiviti yang dijalankan secara telus dan terus kepada rakyat, selain merujuk kepada media arus perdana," katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai bila ia akan dilancarkan, Tian menyatakan bahawa meskipun ianya masih dibincangkan tetapi Pakatan Rakyat mensasarkan penerbitannya akan dilaksanakan secepat mungkin.

"Masih banyak perkara yang perlu diperhalusi lagi, tetapi kita mahu secepat mungkin," ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu itu juga merancang untuk memohon permit bagi mewujudkan media mereka sendiri.

"Selain itu, kita juga akan turut membincangkan mengenai permohonan bagi saluran televisyen dan radio bagi membolehkan kita menyalurkan maklumat dan aktiviti yang dijalankan secara telus dan terus kepada rakyat, selain merujuk kepada media arus perdana," katanya lagi.

Berdasarkan laporan Oriental Daily 1 April lalu, Pakatan Rakyat juga sedang merancang untuk memperuntukkan dana tertentu untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri.

Katanya, terdapat kemungkinan sesebuah Kerajaan negeri untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana syarikat media untuk mengeluarkan akhbar Pakatan Rakyat sekiranya ia tidak bercanggah dengan undang-undang.

Menurut undang-undang yang ada, individu dan mana-mana organisasi tidak perlu kepada permit pengeluaran mahupun lesen penerbitan sekiranya mereka mencetak akhbar atau majalah untuk kerajaan negeri.

Katanya, tujuan utama pengiktirafan akhbar alternatif itu adalah untuk memecahkan monopoli media arus perdana yang didakwa berat sebelah dalam membuat laporan kepada umum.

Pemuda PKR gesa Abdullah jangan letak jawatan


"Bersabarlah, empat bulan lagi mulai 15 April ini," Shamsul


Oleh Mohamad Mukhreez

KL: Ketua sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta semua pihak terutamanya ahli-ahli Umno agar tidak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini kerana menurut Shamsul, Abdullah merupakan aset paling berharga kepada pembangkang ketika ini.

"Lebih lama beliau berkuasa, lebih baik kepada kita (pembangkang)," katanya kepada KLpos.com.

Shamsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penafian Abdullah bahawa beliau akan meletak jawatan dalam tempoh terdekat.

Mengenai peluang pembangkang membentuk kerajaan pusat, kata Shamsul, "Insyallah dengan Abdullah memimpin BN, dan Anwar (Ibrahim) memimpin Pakatan Rakyat, saya beri tempoh empat bulan dari 15 April ini,"

"Selepas 15 Ogos, kerajaan pusat akan berubah tangan dan kita akan mengumumkan Pakatan Rakyat mengantikan Barisan Nasional," katanya.

Abdullah semalam memberitahu media bahawa beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

"Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.

"Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh... itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya

Eksklusif: Anwar bakal Pengerusi Pakatan Rakyat

Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim, flanked ...
ANWAR bebas memegang jawatan politik bermula 15 April ini

Oleh Helme Hanafi

DATUK Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menerajui Pakatan Rakyat yang dibentuk hasil gabungan PKR, PAS dan DAP dalam masa yang terdekat. Menurut sumber, Anwar akan dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat selepas dibenarkan memegang jawatan politik bermula 15 April ini.

"Pemilihan Anwar berdasarkan ketokohan beliau selain daripada kedudukan beliau kini yang tidak memegang jawatan rasmi dalam mana-mana parti politik," kata sumber.

Ini bermakna Anwar tidak akan memimpin PKR yang diterajui Datin Seri Dr Wan Azizah, sebaliknya terus memimpin gabungan parti-parti yang membentuk Pakatan Rakyat.

"Wan Azizah akan terus menerajui PKR, begitu juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng," kata sumber terbabit.

Pemilihan Anwar juga diharap dalam meredakan kebimbangan utama ahli-ahli parti yang menyertai gabungan tersebut mengenai siapakah yang akan dipilih menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan persetujuan ketiga-tiga parti itu membentuk Pakatan Rakyat, berkata ia bagi menggambarkan kerjasama ketiga-tiga parti itu terutama di lima negeri yang kini dikuasai mereka.

Dalan kenyataannya, Pakatan Rakyat berikrar untuk melindungi hak-hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.

Berikutan itu, kata mereka, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Dasar-dasar kerajaan-kerajaan negeri berkenaan akan dijalankan mengikut dasar-dasar yang dipersetujui Pakatan Rakyat," kata Anwar.

Menurutnya lagi, bagi mengukuhkan lagi kefahaman bersama mengenai dasar-dasar berkenaan, satu konvensyen wakil rakyat Pakatan Rakyat akan diadakan pada 27 April depan.

Bagi mengukuhkan struktur Pakatan Rakyat, sebuah Majlis Kepimpinan ditubuhkan, yang dianggotai pemimpin tiga parti berkenaan.

Di samping itu, kata kenyataan itu lagi, Urusetia Bersama, yang dianggotai tiga pemimpin dari setiap parti terbabit, turut ditubuhkan dengan tugas untuk membina asas dan rangka kerja Pakatan Rakyat untuk disahkan oleh Majlis Kepimpinan.

Sementara itu, Bernama melaporkan, PAS yakin mampu menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang melibatkan parti itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, walaupun mereka mempunyai ideologi yang berbeza, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob.

"Memang ideologi PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat tidak sama, tetapi kita yakin masih ada ruang yang mampu mewujudkan persefahaman bagi memastikan Pakatan Rakyat ini dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad berkata tidak timbul halangan untuk PAS mewujudkan kerajaan Islam walaupun Pakatan Rakyat itu turut dianggotai oleh parti bukan Islam.

"Tiada halangan untuk PAS wujudkan kerajaan Islam kerana Islam tidak akan mengabaikan mana-mana pihak, apa yang penting ialah kita saling memahami dan sekaligus menjadikan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional," katanya.

Kemenangan Pakatan Rakyat akan kekal, BN akan ranap

Aniz Nazri
Thu | Apr 03, 08 | 6:00:32 pm MYT

KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Perubahan arus politik Malaysia hari ini yang memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat di lima buah negeri dilihat bersifat kekal kerana ia bukan lagi bersifat perkauman, tegas Pengarah Pusat Reformasi Sistem Pilihan Raya (CERI), Dr Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif.

Beliau berkata secara peribadi, perubahan sebagai satu perubahan yang kekal atau paling tidak sebagai separuh kekal.

Image"Bagaimanapun, ia (perubahan itu) lebih mirip bersifat kekal kerana kita telah melihat bahawa politik Malaysia telah bergerak bersifat bukan perkauman," tegas beliau dalam majlis Wacana Pasca Pilihan Raya Umum ke- 12 bersama Jabatan Pengarang Harakah , di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Jelas beliau, idealogi yang diamalkan BA dan DAP yang dulunya bersifat perkauman kini cuba ditonjolkan pendokong gerakan Pakatan Rakyat itu ke arah satu konsep baru yang mengambilalih dari konsep perkauman kepada keadilan sosial.

"Sama ada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengarahkan para pendokong ke arah satu konsep baru yang lebih bersifai keadilan sosial, berbanding konsep perkauman," jelas beliau.

Kata beliau, yang penting buat masa ini adalah model permuafakatan yang perlu ditonjolkan Pakatan Rakyat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

"Kalau BN yang berteraskan perkauman itu, bagi saya sudah ranap. Ia tak boleh dipulihkan semula. Jika boleh 'revive' pun, dalam keadaan berbeza dan bukannya berteraskan perkauman. BN yang berteraskan Umno, MIC dan MCA ini umpama tripod yang memiliki tiga tiang. Jika MIC runtuh, MCA runtuh, maka tinggal satu tiang iaitu Umno. Bagaimanapun, dengan satu tiang itu sudah cukup untuk meruntuhkan tripod tersebut," jelas beliau lagi.

Majlis wacana yang berlangsung kira-kira tiga jam itu turut dihadiri penulis bebas, Haji Subky Abdul Latiff. - mks.

Bekas Timbalan Menteri akan sertai KeADILan?

Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Apr 03, 08 | 8:19:40 am MYT

KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Laporan dari sebuah laman web menyebut, bekas Timbalan Menteri Penerangan Dato' Fauzi Abdul Rahman disebut-sebut akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) tidak lama lagi, kata satu sumber yang dipetik dari laman web tersebut.

Fauzi yang terkenal pada tahun 2000 kerana membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Khalil Yaakob atas dakwaan terbabit dengan penyelewengan kawasan balak, digugurkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam pilihan raya 2004.

Sebelum Anwar dipecat, Fauzi merupakan ahli Parlimen Temerloh dan sering dikaitkan sebagai salah seorang penyokong setia Anwar.

"Beliau memang orang Anwar, selepas Anwar dipecat, beliau dipanggil oleh pemimpin tertinggi Umno untuk mengesahkan Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, tetapi beliau enggan dan akhirnya digugurkan dari senarai calon ahli Parlimen BN dalam pilihan raya 1999, tetapi bertanding di peringkat Dun di Pahang.

"Ketika itulah beliau membuat laporan polis berkaitan rasuah Khalil Yaakob yang sehingga kini tidak dinyatakan hasil siasatannya,"kata sumber.

Menurutnya lagi, pengaruh bekas timbalan menteri terbabit akan digunakan untuk memperkukuhkan KeADILan Pahang.

"Insyallah, Anwar sendiri yang akan mengumumkan penyertaan tokoh terbabit," ujarnya.

Sementara ada laporan menyatakan bahawa salah seorang anak Fauzi, Mohamad Farhan merupakan pengasas Kelab Penyokong Anwar Ibrahim di Malaysia.

Beliau yang kini melanjutkan pelajaran di London juga merupakan antara pengerak utama KeADILan antarabangsa.

Wednesday, April 2, 2008

Tiga orang kuat PM umpama sokong membawa rebah

Subky Abdul Latif
Wed | Apr 02, 08 | 5:55:41 pm MYT

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi berdepan dengan cabaran kepimpinannya justeru partinya gagal mengulangi majoriti dua pertiga di Parlimen; gagal merampas Kelantan dari PAS, hilang empat lagi kerajaan negeri dan dua calon Menteri Besar ditolak oleh istana; beliau tidak mendapat sokongan membina dari orang-orang bawahnya.

Ada orang-orang yang mendakwa menyokongnya, tetapi dalam tindakannya lebih bersifat menyokong membawa rebah. Sekurang-kurangnya tiga orang kononnya mahu mempertahankan pimpinan Perdana Menteri, tetapi telah meletakkan Perdana Menteri dalam keadaan yang memalukan.

Pertama, secara jujur dan berani Dato' Mukhriz, Exco Pemuda Umno dan anggota Parlimen Jerlun menulis surat meminta Dato' Seri Abdullah berundur dari Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Baik atau buruk cadangan anak Dr. Mahathir itu boleh dibincang oleh partinya. Entah atas nasihat siapa, maka Perdana Menteri minta Pemuda Umno memecat Dato' Mukhriz.

Sepatutnya Perdana Menteri mengelak dari memberi reaksi yang demikian. Cadangan Mukhriz itu ditujukan kepada Perdana Menteri, maka memberikan jawapan menjelaskan mengapa beliau tidak wajar meletakkan jawatan atau menerima cadangan Mukhriz itu.

Tetapi dengan reaksinya minta supaya Mukhriz dipecat, mendedahkan diri Perdana Menteri kepada andaian-andaian yang boleh melemahkan dirinya lagi. Ia seolah-olah beliau tidak bersedia mendengar teguran atau tidak boleh ditegur. Teguran seperti itu dibalas dengan ugutan untuk memecatnya.

Surat Mukhriz itu tidak sekuat kesan surat ayahnya menyuruh Tunku Abdul Rahman Putra bersara dari jawatannya dulu. Abdullah sepatutnya belajar dari kejadian tahun 1970 itu. Dr. Mahathir dipecat seperti yang dikehendaki oleh Tunku, tetapi selepas Tunku bersara Umno menerimanya semula dan akhirnya menjadi Presiden Umno.

Perdana Menteri sepatutnya menyerahkan perkara itu kepada parti dan orang ramai. Patut surat Mukhriz itu dilayan atau tidak?

Apa yang lebih memalukan, Pemuda Umno membuat keputusan tidak memecat Dato' Mukhriz.

Tidak terdapat keterangan Perdana Menteri mengubah fikirannya sebelum reaksi Pemuda Umno itu. Justeru tiada tanda perubahan fikiran Perdana Menteri, maka Pemuda Umno telah bertindak mengenepikan kemahuan Perdana Menteri.

Tidakkah ini memalukan Perdana Menteri kerana kemahuannya tidak didengar oleh sayap pemuda partinya?

Pemuda Umno mungkin bertindak betul. Akan ada padahnya jika kemahuan Perdana Menteri itu didengar. Pemuda wajar menimbangkan buruk baik kemahuan Perdana Menteri itu. Pemuda mesti memberikan nasihat yang terbaik kepada Perdana Menteri. Mungkin betul keputusan Pemuda itu.

Tetapi menolak kemahuan Perdana Menteri seperti mempertikai kebijaksanaan dan pimpinan Perdana Menteri. Ia boleh menjelaskan lagi wibawa Perdana Menteri yang disuruh berhenti oleh Mukhriz itu.

Kedua, dalam isu Dato' Ahmad Said diperkenan oleh istana, Setiausaha Agung Umno yang baru, Dato' Tengku Adnan Mansor mengeluarkan kenyataan bahawa Dato' Ahmad akan dikenakan tindakan disiplin jika dia menerima perkenan istana itu.

Presiden Umno telah mentauliahkan Menteri Besar Terengganu itu ialah Dato' Seri Idris Jusoh juga, maka tidak boleh Adun Umno yang lain menyanggupi perlantikan istana, kerana ia berlawanan dengan kemahuan Umno.

Maka Dato' Ahmad akan dipecat. Sesiapa yang menyokong orang yang dipecat akan dipecat juga.

Dengan amaran Tengku Adnan itu, semua orang Umno tidak berani ke depan untuk menyokong perlantikan Menteri Besar baru itu.

Kenyataan Tengku Adnan itu menjadikan Perdana Menteri malu sekali lagi. Ia meletakkan Perdana Menteri sudah menentang keputusan Raja. Dalam apa keadaan, Perdana Menteri tidak boleh dilihat berterangan bercanggah dengan sebarang keputusan Raja.

Perdana Menteri adalah penasihat pertama Raja. Semua nasihat itu dibuat secara sulit. Tidak boleh terdedah kepada umum.

Dengan Perdana Menteri membiarkan kenyataan Setiausaha Agung Umno tanpa sebarang penjelasan, Perdana Menteri membenarkan dirinya berada dalam keadaan berlawanan dengan peranan Raja.

Kenyataan Setiausaha Agung Umno itu telah menyusahkan Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri tidak berbuat apa-apa untuk menyanggah Setiausaha Agung yang baru dilantik itu.

Dengan ini Tengku Adnan telah melemahkan lagi wibawa Perdana Menteri yang sudah dilihat lemah itu. Tengku Adnan sepatutnya meringankan masalah Perdana Menteri, tetapi kedatangannya meruntuhkan lagi imejnya.

Dan akhirnya Perdana Menteri menerima juga perlantikan Dato' Ahmad sebagai Menteri Besar Terangganu.

Amaran Tengku Adnan telah dilihat sebagai amaran yang tidak berguna. Kerja pertama Tengku Adnan merosakkan terus ketuanya. Ini bererti sokongan Tengku Adnan kepada ketuanya seperti sokong membawa rebah.

Ketiga, Tan Sri Muhamad Mohd. Taib, sebagai Ketua Penerangan Umno mencadangkan supaya pimilihan pimpinan Umno tahun ini ditunda lagi kononnya bagi mengelakkan ketegangan terus dalam Umno.

Pemilihan itu adalah proses demokrasi yang amat penting bagi parti itu. Ia sudah ditunda. Kejadian itu adalah bukti Umno lari dari masalahnya. Parti itu memang berkecamuk setiap kali ada pemilihan. Kerana mengelakkan kecamuk, agenda parti yang penting itu cuba ditunda dan ditunda.

Ia boleh menjadi Umno parti yang paling banyak mengelakkan pertandingan semasa pimpinan Datuk Seri Abdullah.

Sepatutnya Umno menunjukkan ketelusannya. Memberi kepada parti menentukan pimpinan dan masa depannya. Kerana ada masalah Muhamad Mohd Taib mahu Abdullah jadi ketua Umno yang tidak mengadakan pemilihan parti. Ertinya biar tidak pemilihan kalau boleh. Biar dia kekal selama-lamanya. Muhammad Mohd Taib tidak membantu pemimpinnya menjadi seorang tokoh demokratik yang terbuka untuk dinilai ahli-ahlinya. Dia juga boleh merosakkan ketuanya.- tajdid

Cadangan ahli keluarga menteri turut isytihar harta wajar - Salahuddin

Anis Nazri
Wed | Apr 02, 08 | 2:58:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Cadangan Presiden Transparency International Malaysia (TIM), Tan Sri Ramon Navaratnam agar bukan sahaja menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta, tetapi seluruh ahli keluarga mereka juga dilihat dapat membantu meningkatkan integriti dan menghapuskan rasuah di negara ini.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, berkata tindakan itu juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang telus dan bebas amalan kronisme dan nepotisme.

Arahan Kabinet pada 19 Mac lalu meminta semua menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta masing kepada rakyat.

Namun begitu, menurut Salahuddin, satu persoalan besar dalam kepala rakyat ialah �kecekapan� para menteri dan timbalan menteri membolot kekayaan negara melalui proksi atau kroni mereka.

"Kita dapati jarang menteri yang berniaga dan kaya-raya melalui perniagaannya, tetapi kita akan menemui hamper semua menteri yang mempunyai anak menantu dan kroni yang kaya raya melalui perniagaan belakang tabir.

"Kita pernah mendengar bagaimana menantu bekas Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Rafidah Aziz mendapat saham yang besar di MITI ketika mertuanya mengetuai kementerian itu. Begitu juga dengan beberapa orang yang rapat dengan beliau turut menguasai permit import (AP) kereta mewah ketika beliau masih di kementerian itu," jelas beliau, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau menambah, ini belum diambil kira kroni dan kaum keluarga pemimpin BN yang lebih tinggi seperti Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak.

Katanya, rakyat tertanya-tanya bagaimana dengan tiba-tiba adik kepada Najib, Dato' Nazir Razak muncul dalam dunia perbankan dan menguasai bank yang asalnya milik kerajaan, BBMB yang kini dikenali sebagai CIMB.

Lebih mengejutkan, katanya lagi apabila Kamaluddin Abdullah dengan tiba-tiba menjadi antara 10 individu terkaya di Malaysia dan dalam masa yang sama Khairy Jamaluddin menguasai saham di ECM-Libra.

"Rakyat negara ini juga dikejutkan oleh kemunculan tokoh korporat baru, Patrick Lim �Badawi� yang merupakan bapa saudara kepada menantu Perdana Menteri itu dengan menguasai projek-projek raksasa di Pulau Pinang dan Terengganu. Ini belum termasuk pengagihan projek-projek kerajaan kepada syarikat Brahim dan Dwwina Food milik Ibrahim Ahmad Badawi," tegas beliau.

Sehubungan itu, Pemuda PAS mendesak Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, semua menteri dan timbalan menteri supaya mengisytiharkan harta masing-masing, diikuti seluruh kaum keluarga dan kroni terdekatnya.

Menurutnya, bagi Abdullah, beliau hendaklah mengisytiharkan harta yang dipungut oleh anaknya, menantunya, adiknya dan juga Patrick Badawi selepas 31 Oktober 2003 untuk memastikan ketelusan benar-benar wujud di negara ini.

"Harta negara adalah milik rakyat bukannya untuk diagih-agihkan kepada anak menantu dan kroni pemimpin BN," tegas beliau. - mns

Tuesday, April 1, 2008

Stadium Melawati bergema laungan takbir, reformasi, Makkal Shakti

Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Apr 01, 08 | 3:04:29 pm MYT

SHAH ALAM, 1 April (Hrkh) - Jika selama ini Stadium Melawati bergema dengan tepukan dan sorakan penyokong pelbagai jenis sukan, tetapi malam 31 Mac terukir dalam sejarah, stadium tersebut bergema laungan 'Allah Hu Akbar', 'Reformasi' dan 'Makkal Shakti'. Image

Laungan suara rakyat menandakan berakhirnya penyeksaan selama mereka khususnya rakyat Selangor berada di bawah pemerintahan BN-Umno.

Lebih 25,000 rakyat membanjiri stadium yang hanya menyediakan 15,000 kerusi. Stadium yang selama ini dijadikan tempat bermain badminton telah bertukar wajah.

Dari wajah bersorak tanpa mengenal batas pergaulan, muslimin dan muslimat bersatu hati rukuk dan sujud menunaikan solat Isyak dan Hajat yang dipimpin oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Lagu Negaraku dan Bersatulah (lagu PAS) turut dinyanyikan dengan penuh semangat oleh lebih 25,000 hadirin. Kelihatan bendera PAS, KeADILan dan DAP berkibar di segenap penjuru. Sungguh menakjubkan.

Wajah-wajah yang hadir dalam program Himpunan Rakyat kelihatan ceria. Lebih 20 bas persiaran, kilang dan sekolah berada di tempat letak kenderaan bersebelahan stadium. Image

Bukan hanya rakyat Selangor bahkan Kelantan; Pahang; Negeri Sembilan; Johor; Wilayah Persekutuan dan Terengganu turut hadir dalam program tersebut. Mereka mahu bersama meraikan kemenangan Selangor walaupun di bawah Pakatan Rakyat.

Turut hadir dalam program gilang gemilang itu antaranya, To' Puan Zainab Awang (isteri Presiden); Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali; ahli Parlimen dan Adun PAS Selangor.

Semua pimpinan yang berceramah sepakat mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor yang memilih PAS, KeADILan dan DAP dalam pilihan raya, 8 Mac lalu. Tuan Guru Abdul Hadi dalam ceramahnya mencadangkan agar satu gagasan pakatan politik baru ditubuhkan bagi mendepani cabaran politik baru di Malaysia.

Katanya, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PAS, KeADILan dan DAP yang diberikan mandat besar wajar menghulurkan tangan kepada rakan-rakan dalam BN khasnya wakil-wakil rakyat Umno, MCA, MIC dan Gerakan. Image

Menurut beliau, ia perlu dilakukan supaya bersama-sama menyertai gagasan politik baru bagi membina negara yang lebih selamat, sejahtera dan makmur.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang berkata, ternyata hasil gelombang kebangkitan rakyat dalam pilihan raya lalu, BN semakin dipinggirkan dan tidak relevan dalam arus politik negara.

Katanya, gagasan pakatan itu perlu menyemak semula dengan meminda atau menghapuskan mana-mana undang-undang dan peraturan yang zalim dan mendiskriminasi terutamanya ISA, Auku, OSA dan sebagainya.

Beliau berharap gagasan itu perlu segera melakukan reformasi terhadap amalan demokrasi dalam negara dengan memulihkan proses pilihan raya sebagaimana yang dituntut rakyat dan badan-badan bukan kerajaan khususnya yang melibatkan bidang tugas dan operasi SPR.

Presiden PAS turut menekankan supya Badan Pencegah Rasuah (BPR) diberi kebebasan sebagai sebuah agensi pencegahan rasuah yang efektif dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih. Image

Katanya, keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara dengan memastikan ianya benar-benar bebas dan tidak tertakluk kepada mana-mana badan atau kuasa politik juga perlu dikembalikan.

Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim turut menyentuh jiwa rakyat Selangor apabila beliau memulakan ucapan dengan menyanjung pengorbanan rakyat untuk menyokongnya.

"Kalau tidak ada tuan-tuan, saya tidak ada di sini, jadi saya terhutang budi, budi ini sangat besar, saya dan rakan-rakan akan balas, insya-Allah," luah beliau pada awal ucapan.

Beliau yang berbaju Melayu kuning itu melahirkan ketakutan dengan kepercayaan Presiden PAS yang menyokongnya menjadi Menteri Besar Selangor.

Di hadapan puluhan ribu rakyat beliau berjanji akan memansuhkan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), akta percetakan dan penerbitan. Image

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan kemenangan rakyat Selangor membuktikan bahawa suara rakyat negeri termaju itu telah dapat disatukan.

Katanya, tiga parti yang berbeza fahaman dan agama PAS, KeADILan dan DAP dapat bersatu dan bekerjasama untuk menjamin keadilan rakyat.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, setelah 50 tahun merdeka dan 12 kali rakyat menghadapi pilihan raya baru kali ini rakyat berani membuktikan kebenaran.

"Orang sudah tidak guna dacing saya yakin dalam pilihan raya ke-13 keris dan dacing akan dicampak oleh rakyat," katanya sambil disambut sorakan dan laungan takbir.

Menurut beliau, bukan sahaja rakyat tidak percaya dengan Umno bahkan pimpinan mereka sendiri turut tidak mempercayai kredibiliti pimpinan parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali turut memperkenalkan ahli Parlimen, Adun serta exco PAS. Dalam ceramah itu beliau berjanji semua wakil rakyat akan berusaha melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab secara adil dengan menghapuskan segala kezaliman yang menjadi amalan pimpinan BN-Umno.

"Kita akan pastikan tiada seorang pun rakyat Selangor sama ada kaum India dan Cina yang diketepikan haknya," katanya.

Dalam mesyuarat pertama exco di pejabat SUK beliau rasa terharu dengan kesungguhan Menteri Besar sendiri yang membaca doa.

Beliau yang diamanahkan menjadi exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam berkata; "Saya terharu mendengar bacaan doa beliau seolah-olah beliau menahan air mata, air mata untuk menjadi hamba rakyat'.

Sehubungan itu tambah beliau, kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mempunyai erti jika Allah tidak menyayangi dan mencintai hamba-Nya.

Pengarah program, Dr Osman Sabran menyatakan setelah 50 tahun Umno-BN memerintah barulah rakyat Selangor dapat menikmati hak mereka yang dinafikan oleh pimpinan kerajaan.

Beliau mengingatkan ahli dan pimpinan PAS, KeADILan dan DAP perlu sepakat dan bersatu hati menjaga harta benda yang selama ini dirampas oleh BN.

Program berikut dijangka pada 3 Mei di Stadium Melawati, antara penceramahnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. - lanh

PAS, DAP dan KeADILan setuju tubuhkan Pakatan Rakyat (PR)

Harakahdaily
Tue | Apr 01, 08 | 2:00:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 April (Hrkh) - Pemimpin-pemimpin tertinggi parti-parti KeADILan, DAP dan PAS bersetuju menubuhkan Pakatan Rakyat, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pagi ini, kata Anwar Ibrahim.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Anwar itu turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah serta delegasi masing-masing.

Mesyuarat hari ini mencadangkan untuk memantapkan kerjasama di atas nama Pakatan Rakyat dan nama ini akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan jawatankuasa pusat masing-masing dalam masa yang terdekat.

"Pakatan Rakyat berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Dengan keputusan ini, bermakna kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor nanti akan dikenali sebagai kerajaan Pakatan Rakyat," jelas Anwar.

Beliau berkata, dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar yang akan ditentukan dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Beliau menambah, ketiga-tiga parti akan bermesyuarat di peringkat jawatankuasa masing-masing bagi mengemukakan cadangan kepada sekretariat bersama Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, bagi memantapkan pemahaman semua dasar yang akan dibentangkan wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) ketiga-tiga parti akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008, di sebuah lokasi yang akan dimaklumkan kemudian.

Monday, March 31, 2008

Mahathir tuduh Abdullah hancurkan masa depan lima parti komponen BN

Mohd Sabri Said & Saiful Lizan
Mon | Mar 31, 08 | 3:34:24 pm MYT

GEORGETOWN, 31 Mac (Hrkh) - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menghancurkan lima parti teras semasa pilihanraya umum lepas bilamana kesemua parti seperti Umno, MCA, MIC, Gerakan dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk.

Ketika berucap di majlis anjuran Persatuan Melayu Tanjung di Hotel Searaton, Jalan Macalister beliau berkata, sungguh memalukan apabila PM begitu terburu-buru mengadakan pilihan raya terlalu awal dan dalam situsi tidak selamat bagi BN mengekalkan kuasa.

"Saya katakan kalah dalam menang sebab walaupun dapat membentuk kerajaan tetapi ianya kurang dua pertiga yang membolehkan sebarang undang-undang dibentuk menerusi keputusan kabinet," ujarnya.

Katanya, satu lagi faktor kekalahan BN ialah Perdana Menteri begitu lemah tiada andaian sendiri sebaliknya lebih percayakan orang di bawahnya yang menyembunyian banyak kelemahan.

Mahathir berkata beliau percaya untuk menyakin semula rakyat supaya kembali kepada BN akan memakan masa.

Ini kerana, rakyat makin bijak berfikir setelah didera dengan kemelut dalaman parti dan isu yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Jika perkara ini berlaku di era kepimpinan Dato' Onn Jaafar atau Tengku Abdul Rahman tentu mereka malu dan tidak mustahil bertindak meletakan jawatan.

"Apa boleh buat setiap langkah yang dilakukan, ada orang lain yang aturkan. Macam inikah yang dinamakan pemimpin yang memimpin negara, "ujarnya yang disambut tepukan orang ramai.

Kesan terlalu menekan rakyat menyebabkan rakyat buka mata dan memilih kerajaan lain yang dianggap lebih baik.

Padahal Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeAdiLan), PAS dan DAP mempunyai seribu macam masalah.

Katanya, sikap 'yes man' untuk mendapatkan habuan juga antara faktor kejatuhan BN baru-baru ini kerana ramai yang menyembunyikan kelemahan.

"Bila Perdana Menteri tanya kepimpinan yang ada mereka kata OK boleh buat pilihanraya kerana situasi selamat buat kita. Individu sebegitulah yang merosakan parti dan kerajaan," ujarnya.

Sekarang ini yang lantang bersuara adalah golongan yang kalah dalam pilihan raya umum, yang tidak dilantik menggagotai kabinet dan yang tidak lantik sebagai calon manakala yang lain tutup mulut bimbang dicop dengan label yang menakutkan. - mr

Sunday, March 30, 2008

PAS bantah keras filem anti Islam Belanda - Presiden

Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Mar 30, 08 | 8:49:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.

Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia./wann

Umno perlu mansuh sistem kuota - Mahathir

Harakahdaily
Sun | Mar 30, 08 | 11:28:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno seharusnya memansuhkan sistem kuota yang memerlukan pencalonan daripada sekurang-kurangnya 60 bahagian bagi membolehkan seseorang itu bertanding ke jawatan Presiden parti.

Menurut laporan Bernama, beliau mencadangkan perubahan itu kerana sistem kuota ketika ini kelihatan "terbuka kepada penyalahgunaan oleh mereka yang mempunyai kuasa".

"Peraturan itu menghalang anggota-anggota daripada menamakan calon pilihan mereka, apabila mereka yang mempunyai kuasa itu cenderung untuk bertindak menyekat sebarang langkah menentang mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini semalam.

Menurut perlembagaan Umno, seseorang calon perlu memperoleh pencalonan minimum daripada 60 bahagian bagi membolehkan beliau bertanding ke jawatan presiden parti.

Bagaimanapun peraturan ini diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987 dan beliau berjaya mengekalkan jawatan presiden dengan hanya kelebihan 43 undi. Selepas peristiwa itu, sudah menjadi tradisi bagi Umno untuk tidak mengadakan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti. Bagaimanapun Dr Mahathir berkata semasa tempoh pentadbirannya "semua orang bebas mencabar dan berkempen sepenuhnya".

"Semasa tempoh saya (presiden), Tengku Razaleigh mencabar saya, semua cabar saya, dan mereka bebas mencabar, bebas berkempen sepenuhnya, tapi pada masa itu adalah mudah untuk mendapat (sokongan) 60 bahagian," katanya.

Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan serta Menteri Perdagangan dan Industri, merupakan Aggota Parlimen yang paling lama berkhidmat, sejak tahun 1969 lagi.

Ditanya sekiranya beliau merasakan bahawa Tengku Razaleigh adalah pencabar berpotensi bagi jawatan nombor satu parti, Dr Mahathir menjawab: "Tengku Razaleigh adalah salah seorang dari mereka, ada banyak lagi".

Dr Mahathir berkata selain beliau, Perdana Menteri ketiga negara Tun Hussein Onn juga pernah dicabar oleh Sulaiman Palestin bagi jawatan Presiden parti. Katanya beliau merasakan bahawa cabaran adalah sihat bagi parti, tapi ia seharusnya diuruskan dengan rapi bagi menghalang daripada disalah guna oleh pihak yang mempunyai kuasa.

Berhubung tindakan tiga Anggota Parlimen Umno yang menolak pelantikan ke jawatan timbalan menteri, Dr Mahathir berkata ia adalah hak prerogatif mereka.

Bagaimanapun katanya beliau menyanjung sangat keputusan mereka, kerana menurutnya beliau difahamkan penolakan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak dilantik ke jawatan menteri penuh. - mks.

Di mana polis ketika Sultan dihina?

Abdul Halim Mohd Rashid
Sat | Mar 29, 08 | 10:53:24 am MYT

Alahai Ayub...

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mengakui pihaknya baru dalam peringkat mengenal pasti tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja, semasa satu perhimpunan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman di sini, Ahad lepas.

Beliau yang mendakwa kes itu kini di peringkat akhir siasatan bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika dihubungi Bernama semalam.

Sempat pula Ayub menasihatkan orang ramai yang ingin menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi esok supaya tidak membawa kain rentang yang mengandungi perkataan-perkataan sensitif.

Sensitif terhadap siapa? Ayub risaukan siapa? Adakah Ayub menjangka mereka yang akan menyambut Sultan Terengganu itu akan membawa kain rentang seperti "Kami nak Idris, natang"?

"Kita minta semua yang hadir supaya mengawal perasaan, jaga kelakuan dan jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan," katanya.

Persoalannya, mengapa tidak ada sebarang laporan bahawa Ayob memberikan nasihat yang sama kepada penyokong-penyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang sebelum ini gila-gila menunjuk perasaan di kediaman rasmi Menteri Besar?

Alahai Ayub... Persoalannya bukan sudah kenal pasti atau tidak. Bukan soal peringkat akhir siasatan atau peringkat awal siasatan. Orang tak peduli pun kenyataan-kenyataan yang prosedural yang cuba menunjukkan polis siasat juga kain rentang "Kami nak Idris, natang" itu.

Apa yang lebih penting untuk disedari oleh Ayub dan ketuanya di Kuala Lumpur ialah mata rakyat sekarang sedang menyiasat identiti sebenar polis. Rakyat mungkin malas nak bertanya lagi mengapa polis begitu lemah gemalai dan lembut mesra melayan penunjuk perasaan di Pulau Pinang atau di Shah Alam. Memanglah, itu tunjuk perasaan Umno menghentam pembangkang.

Tetapi, bagaimana pula tunjuk perasaan di Kuala Terengganu? Itu bukan tunjuk perasaan menghentam pembangkang. Itu tunjuk samseng dan gedebe kepada Sultan.

Jika selama ini polis cekap benar menggunakan peluru hidup dengan melepaskan empat atau lima das tembakan rambang sambil berlari menghadapi perhimpunan pembangkang di Batu Burok, mengapa polis tidak ambil tindakan terhadap penyokong-penyokong Idris yang begitu megah dengan kain rentang "Kami nak Idris, natang"? Jika polis berada di tempat kejadian dan tindakan tidak diambil, adakah polis bersubahat dengan mereka yang disebut oleh akhbar sebagai "mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja"?

Mengapa polis membiarkan perbuatan itu berlaku? Tidak ada laporan polis merampas kain rentang itu. Tidak ada juga laporan polis menghalang kain rentang itu dipamerkan. Jika semua itu tidak berlaku, bolehkah polis menghalang rakyat menuduh mereka bersubahat dengan tindakan mempamerkan kain rentang itu dan kemudian sedap mulut berkata "Itu kerja orang PAS"!?

Adakah polis tidak tahu, tidak nampak atau tidak perasan kewujudan kain rentang itu? Bukankah polis sebelum itu begitu cekap pagi-pagi buta menahan empat lelaki berusia antara 23 hingga 27 tahun kononnya kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang berunsur hasutan mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu di Jalan Sultan Muhammad?

Membawa kain rentang yang tertulis "Daulat Tuanku", "Selamatkan Terengganu Darul Iman" dan "Daulat Tuanku, rakyat berdiri di belakang DYMM Tuanku" disyaki "berunsur hasutan". Mengapa mereka disiksa di dalam lokap dan dihadapkan ke mahkamah? Kalau orang kata gila, tentu Ayub dan gerombolannya marah. Tetapi, apa kes disoal sehingga empat jam oleh 10 orang polis Cawangan Khas selepas didapati tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah?

Apa siumannya menyiksa rakyat tidak berdosa sehingga akhirnya beliau terlantar di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) akibat sesak nafas dan serangan asma akibat tidak dapat tidur? Sedangkan, yang mempamerkan kain rentang "Kami nak Idris, natang" di waktu siang yang terang tidak diusik sedikitpun ketika mereka melakukan perbuatan itu.

Atau, adakah polis tidak ada berhampiran kediaman Menteri Besar ketika tunjuk perasaan penyokong-penyokong Idris itu berlaku? Kalau benar begitu, lagi teruk!

Alahai Ayub... Bagaimana jika gambar-gambar memaparkan kain rentang yang dilaporkan sebagai "didakwa menghina institusi raja" itu tidak bolos? Adakah polis akan memburu mereka seperti polis melancarkan gerakan memburu "perusuh" 8 September 2007? Jika gambar penghinaan itu tidak bolos, adakah rakyat berpeluang membaca berita bertajuk "3 suspek kes sepanduk hina raja dikenal pasti"?

Ah, kalau mahu tanya, dari pagi ini sehingga pagi esok pun tidak habis. Apa pun, terima kasihlah kerana menayang-nayang dan menunjuk-nunjukkan identiti polis dengan lebih jelas kepada kami. Terima kasih sangat-sangat!

Saturday, March 29, 2008

Bayangan kejatuhan kerajaan BN makin hampir - Nik Aziz

Salmah Mat Husain
Fri | Mar 28, 08 | 4:17:47 pm MYT

KOTA BHARU, 28 Mac (Hrkh) - Bayangan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah menampakkan riaknya berdasar kepada banyak konflik yang gagal diselesaikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS dan KeADILan dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) serta DAP akan menjadi parti pilihan kepada rakyat.

"Kerajaan BN yang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun ternyata gagal membela nasib rakyat. Dan rakyat mulai sedar apa yang berlaku sekarang.

"Keadaan itu disokong pula kejayaan PAS mentadbir Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu. Kita mengutamakan ehsan dan kebajikan rakyat," katanya di sini, baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu, BA dan DAP memenangi 82 kerusi parlimen manakala BN mendapat 140. Hasil keputusan itu menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen.

Kerajaan BN juga tidak lagi dapat meminda rang undang-undang yang melibatkan perkara-perkara pokok berkaitan perlembagaan.

Keadaan tambah bercelaru apabila dua pemimpin Umno menolak tawaran jawatan timbalan menteri iaitu Dato' Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Anifah Aman.

Manakala dua hari lalu Iimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Abdul Ghaffur Salleh juga meletak jawatan.

Dan tidak dapat ditolak lagi kemungkinan besar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok meletak jawatan selepas ini.

Manakala ada pihak pula mendakwa sekurang-kurang 30 anggota parlimen BN dikatakan bersedia meninggalkan parti itu dan menyertai pembangkang dalam masa terdekat ini.

Dan apabila teori itu menjadi kenyataan ia bermakna jumlah anggota BN akan susut daripada 140 sekarang kepada 110 dan pembangkang pula meningkat daripada 82 kepada 112.

Berdasar kepada kemungkinan itu bermakna pembangkang yang sedang diperkukuhkan di atas nama BA mampu membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perjuangan Islam tidak ada dalam kamus Umno sehingga mereka melakukan apa sahaja tanpa batasan agama.

Menurutnya Umno tidak mengajar penyokong dan rakyatnya mentaati Allah dan Rasulullah saw sebagaimana yang dilakukan pemimpin PAS.

"Kerana itu amat wajar rakyat tidak mengekalkan kuasa penuh kepada Umno," ujarnya. - mj/ mr

RPK 'buang' Maxis kerana BN

Abdul Halim Mohd Rashid
Fri | Mar 28, 08 | 10:06:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin menukar nombor telefon tangannya kerana tidak mahu lagi menggunakan perkhidmatan Maxis yang dimiliki Tan Sri Ananda Krishnan.

"Maxis dimiliki oleh Ananda Krishnan, kroni Umno. Dan saya diberitahu bahawa dalam pilihan raya yang lalu beliau menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno. Itu menjadikan beliau musuh rakyat," dakwa beliau.

Ananda, dakwa beliau lagi, 'menentang' perubahan yang dikehendaki rakyat dengan menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno di dalam usaha untuk mematahkan perjuangan rakyat yang mahukan perubahan.

Mengenai tindakan memboikot akhbar-akhbar, beliau menyatakan usaha tersebut tidak sepatutnya terhenti setakat memboikot akhbar-akhbar sahaja.

"Kita (juga) mesti memboikot kesemua produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar tersebut. Jangan beli apa juga produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar Barisan Nasional (BN).

"Inilah satu-satunya cara untuk menyakitkan mereka, di bahagian yang paling menyakitkan, (iaitu) di dalam poket mereka," tegas beliau.

Menurut beliau, itulah yang dimaksudkan dengan keingkaran awam (civil disobedience).

"Boikot semua makanan, perkhidmatan dan produk yang dimilki kroni-kroni, syarikat-syarikat dan sesiapa juga yang menyokong BN dengan dana politik bernilai beratus-ratus juta ringgit. Mereka mendapat duit dari kita dan kemudian memberikannya kepada BN.

"Mengapa membantu mereka membuat duit, yang kemudiannya digunakan untuk menentang rakyat? Mulakan boikot itu sekarang. Biar keingkaran awam yang berkuasa," kata Raja Petra lagi.

Friday, March 28, 2008

Penderhaka tidak sepatutnya jadi PM

Abdul Halim Mohd Rashid
Fri | Mar 28, 08 | 4:57:31 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri kerana beliau telah mengarahkan satu 'perang terbuka' ke atas Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

"Adalah tidak munasabah pemimpin sebuah parti derhaka seperti Umno untuk memimpin negara yang diketuai oleh raja yang diderhakainya," kata beliau.

Pemuda PAS, katanya, melihat semua bentuk penderhakaan dan kebiadaban Umno Terengganu adalah didorong oleh arahan tersebut.

"Politik derhaka Umno Terengganu mempunyai kaitan yang rapat dengan arahan Presiden Umno tersebut ... Presiden Umno mesti dikenakan tindakan undang-undang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata: "Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun adalah atas arahan presiden."

Salahuddin berkata, perbuatan biadab dan derhaka 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional kerana mematuhi arahan Abdullah itu kemudiannya mencetuskan perbuatan biadab penyokong mereka.

"Selain mengadakan perhimpunan haram dan menghantar memorandum bantahan kepada istana, mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada istana," kata beliau.

Kemuncaknya, penyokong bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh yang taat kepada arahan Abdullah telah membawa sepanduk yang tertulis "Kami nak Idris, natang" yang disepakati umum sebagai ditujukan kepada Sultan Terengganu. - mks.

Umno 'restui' Ahmad Said, tapi Agong masih murka kepada Abdullah

H Fansuri
Fri | Mar 28, 08 | 4:53:23 am MYT

Apabila PM Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan perlantikan sesiapa pun selain Dato' Seri Idris Jusoh sebagai MB Terengganu sebagai suatu hal yang menyalahi perlembagaan, telah hangus dan rentung hati istana dibakar oleh kata-kata itu.

Semburan ucapan Abdullah bagaikan naga menyembur api ke dinding istana. Percikan api penderhakaan telah menjilat seluruh istana sehingga runtuh punahlah semuanya tanpa meninggalkan apa-apa kesan lagi. Tapi, beliau dan Umno tidak tahu kemurkaan istana ini.

Belitan Barisan Naga (BN) yang sekian lama menindas rakyat sebelum ini telah membelit istana melalui seluruh kekuatan yang ada khasnya dengan kekuatan media itulah. Adakah media perdana memberi ruang kepada istana untuk membalas kebiadapan Abdullah?

Apakah Abdullah mengira, badai kemurkaan yang kian bergelora di istana amat mudah dipadam dengan renjisan autanya dalam sidang media terbaru ketika dia berkata, bahawa Umno telah merestui Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu? Sekali-kali tidak!

Siapa mahu bertanggungjawab terhadap kain rentang yang berbunyi: "Kami nak Hj Deris, natang!"? Tunjuk perasaan itu diadakan berhampiran kediaman rasmi MB Terengganu seperti yang tersiar dalam Buletin Utama, sebelum ini.

Siapakah 'natang' (binatang) yang dimaksudkan Umno 'Team' Idris? Dato' Ahmad Said atau pihak yang melantik Ahmad Said sebagai MB Terengganu? Tangan Umno mencincang, bahu Umnolah memikulnya.

Syahadan, itu baru secebis peristiwa daripada selaut penderhakaan kepada baginda sultan. Jangan sampai dikatakan bahawa Umno itulah yang menyemai bibit derhaka ke dalam jiwa rakyat. Paling menakutkan, setelah menderhaka, tiada maaf dipinta oleh Umno dan Abdullah daripada baginda sultan.

Siaran langsung memohon maaf kerana derhaka

Sepatutnya, majlis memohon ampun kepada baginda sultan perlu diadakan secara siaran langsung melalui RTM untuk memberi pengajaran kepada rakyat seluruhnya.

Rakyat sedar di dalam keadaan 'apa' dan 'di mana' Abdullah pada ketika beliau memberi kenyataan kepada wartawan tentang perlantikan selain Idris Jusoh sebagai MB itu adalah bercanggah dengan perlembagaan.

Kepada mereka yang masih ingat, Abdullah berkata demikian ketika beliau sedang dalam keadaan berhajat menonton Formula 1. Beliau diserbu dan diminta pendapatnya sebelum atau selepas beliau menonton acara sukan acuan Barat yang bertaraf dunia itu.

Beliau tidak mengeluarkan pendapatnya yang bertaraf 'derhaka kepada istana' itu selepas solat berjemaah atau selepas bertahlil dan beristighfar di Masjid Kristal, Masjid Putajaya atau di Masjid Jami'ul Badawi, Kepala Batas. Malah, beliau dalam keadaan 'lagho' atau lalai dan cuai terhadap urusan keduniaan yang tidak perlu beliau peduli sepatutnya.

Beliau berada di tempat yang melalaikan di mana amoi-amoi jelita dan gadis genit Jepun kulit bergetah, putih gebu, halus mulus yang berkain hijau singkat sejengkal tingginya dari paras lutut, yang sesekali terbuai oleh desiran halus angin sepoi-sepoi bahasa Jepang pada waktu petang di Sepang atau boleh terselak akibat deruan tempias angin yang dilanggar dengan lajunya oleh kereta lumba itu. Dan, mereka itu pula berbaju singkat, ketat dan di bawah baju itu ada sebidang wilayah cerah, setinggi seinci saja dari pusatnya. Demikian nilai-nilai hadhari itu.

Arakian dalam persekitaran yang serba-serbinya berbaur penderhakaan kepada Allah s.w.t itulah, maka Abdullah mengeluarkan ungkapan 'derhaka' kepada istana. Sama ada mata beliau kerling sedikit ke arah sosok genit itu sambil mencuci matanya, sambil menyelam minum air atau sambil menonton F1 'usha' perempuan, hal itu semua adalah urusan antara Allah dan Abdullah jua.

Paling penting di sini ialah kita cuma ingin berkata, bahawa jika Abdullah tidak menonton F1 sekali pun, tidak terjejas urusan negara. Abdullah sanggup menonton F1 ketika Umno sedang bergolak! Bukankah hal ini menambah buruk imej reputasi beliau dalam keadaan gawat kini?

Saat OIC bermesyuarat beberapa minggu lalu untuk menunggu Malaysia menyerahkan kedudukan Pengerusi badan itu di Senegal, Abdullah kenepikan acara itu dengan alasan kononnya mahu menyelesaikan kemelut dalaman negara. Mana jiwa Islam Abdullah!?

Tetapi, ketika Umno masih bergolak dan Umno Terengganu dalam keadaan retak menanti belah antara Ahmad Said dan Idris Jusoh, Abdullah boleh pula meluangkan masanya menonton F1! Memang daripada suatu segi Abdullah boleh berkata: "Dah F1 tu depa buat kat Malaysia, tak kan saya nak pi tengok sat pun tak boleh? Tak kan tak boleh kot!?"

Antara F1 dan OIC, Abdullah hilang wibawa sebagai PM

Tetapi, itu bukan jawapan yang boleh diberikan oleh seorang Perdana Menteri yang ingin menjaga wibawanya, melainkan jika Abdullah memang tidak menghiraukan wibawanya. Apa kata orang nanti atau pada kemudian hari dengan tindakan Abdullah sebegini?

Masyarakat setempat serta warga sedunia tak ambil pusing soal mesyuarat OIC itu di luar negeri dan F1 itu di Malaysia. Rakyat yang waras menilai F1 adalah acara yang melalaikan dan acara OIC perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan Muslimin sejagat.

Khalayak tidak hiraukan tempat di mana program itu dibuat, tetapi mereka tahu menilai tujuan baik dan buruk F1 dan OIC! F1 bernilai neraka dan OIC bernilai syurga. Jadi, kalau Abdullah pergi melawat F1 ketika Umno dalam proses rawatan, maka beliau hilang wibawa kerana OIC tidak dipedulikannya.

Urusan pemindahan jawatan Pengerusi OIC oleh Malaysia ke atas negara Islam lain amat penting dalam konteks OIC. Jenazah pemerintah tidaklah dikebumikan melainkan setelah rakyat setempat sebulat suara bermuafakat tentang siapakah penguasa baru yang bakal menggantikan penguasa yang baru meninggal dunia.

Malangnya, Abdullah dalam hal mempertahankan kuasanya dalam Umno, beliau sanggup menjarakkan tarikh 'muktamar' Umno sehingga Disember tahun ini. Walhal, kali terakhir 'muktamar' parti itu dilakukan ialah pada September tahun lalu.

Tetapi, demi mempertahankan kuasanya sebagai Perdana Menteri, Abdullah mengawalkan pula pilihan raya pada Mac tahun ini walhal mandat rakyat kepadanya bermula Mac 2004 dan tamat pada Mac tahun depan. Semuanya kerana gara-garanya ingin menyekat Anwar.

Pertahankan kuasa Presiden Umno dan PM

Di dalam batang tubuh Abdullah terbangun dan terbina dua macam kuasa. Kuasa sebagai Presiden Umno dan PM. Ringkasnya, demi menyelamatkan kuasa sebagai Presiden Umno, Abdullah menjarakkan lebihan masa tiga bulan daripada tarikh sepatutnya 'muktamar' Umno itu diadakan. Dan, untuk menjaga kedudukannya sebagai PM, beliau mengawalkan pula pilihan raya umum.

Jika batang tubuh, jiwa, roh, fikiran dan perasaan Abdullah sudah kotor dan tidak lagi jernih, maka lakukan apa saja, pasti tidak akan berjaya. Samada mengawalkan pilihan raya dan melewatkan 'muktamar' untuk pertahankan jawatan Presiden Umno dan kuasa sebagai PM, beliau tetap akan kalah, insya Allah! Kalau menang sekali pun, Abdullah telah kalah dari segi moralnya.

Segala sentuhan Abdullah adalah sentuhan kecundang. Projek koridor, ECER dan segala rancangannya akan punah ranah bagai rosaknya segala perancangan Abu Lahab dan isterinya seperti yang difirmankan Tuhan dalam al-Qur'an. Abdullah dan isterinya banyak memainkan peranan di sebalik tabir sebelum ini secara diam-diam.

Ini kerana, dalam jasad, jiwa kotor dan tidak jernih, rahmat Allah tidak akan menumpang. Allah tidak bersama Abdullah. Beliau kalah tetaplah kalah! Cuma, tunggulah masanya, insya Allah.

Abdullah dan Umno takutkan bayang-bayang sendiri. Anwar, Bersih, Hindraf dan semuanya adalah bayang-bayang Umno yang menakutkan mereka sendiri. Dan, objek-objek itu diciptakan mereka sendiri sebelum ini tanpa suruhan sesiapa pun!

Riak petanda bahawa Abdullah tetap mempertahankan jawatan Presiden Umno sudah jelas kelihatan di dalam sidang medianya yang terbaru. Ketika ditanya pemberita kalau-kalau ada pertandingan dalam perhimpunan agung Umno nanti, beliau berkata:

"Saya akan menghadapi mereka. Jika mereka dapat pencalonan, mereka boleh bertanding nanti. Kenapa saya perlu mengundur diri?" kata beliau lalu terus menutup sidang media tersebut.

Dengan cepat Abdullah menutup sidang media agar tiada lagi pertanyaan wartawan dapat dimajukan berhubung isu pihak-pihak yang akan bertanding bagi merebut jawatan beliau itu. Ikut tradisi, Presiden Umno adalah Pengerusi BN merangkap PM juga.

Tentunya Abdullah akan pertahankan semahu-mahunya. Beliau boleh 'memujuk' Idris kerana jawatan MB Terengganu bukanlah kuasa dan jawatannya. Tapi, jawatan PM itu jawatan Abdullah. Beliau pertahankan dengan apa cara yang ada termasuk dengan jalan menderhaka kepada baginda sultan sekali pun!

Kata nabi, "Keredhaan Allah s.w.t terletak di atas keredhaan ibu bapa." Tun Seri Lanang telah menukilkan sepatah titah seorang sultan dalam Sulalatus Salatin, "Daulat raja-raja terletak di atas rakyatnya." Kata rasul, "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu."

Ringkasnya, kita perlu cermat menaruh hormat kepada 'asal' mula kita. Ibu bapa adalah 'asal' kepada anak. Daulat raja-raja itu berasal dan berpunca daripada rakyat. Asal perlantikan PM ke atas Abdullah adalah melalui perkenan istana setelah diberikan mandat oleh rakyat.

Jeritan dan pekikan rakyat telah bercantum dengan raung kemurkaan yang merobek pintu hati istana. Semua ini gagal dirawat Abdullah dalam misi Umno; merawat Kelantan kononnya. Keadaan ini bagai retak menanti belah. Beliau hanya perlu menghitung hari-hari kejatuhannya di depan pintu istana dan tersungkurnya beliau di bawah telapak kaki rakyat.

Anak Hindraf berdemo di KLCC
Disiram water canon pedihlah matanya
Abdullah jatuh suatu masa nanti
Sama-samalah kita menyaksikannya! (Insya Allah Ta'ala)

Anak Bersih berkuning di kota
mahu ke istana dihalang FRU
Abdullah bakal berputih mata
hajat tak sampai hatinya pilu.

3:26 a.m, 28 Mac 2008,
Sekolah Pemikiran Kg Baru

PAS sokong cadangan lima negeri boikot Utusan, TV3

Roy Rasul
Fri | Mar 28, 08 | 6:51:02 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, PAS menyokong penuh hasrat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dan lima negeri kerajaan baru yang diperintah pembangkang untuk menimbangkan saranan memboikot TV3 dan Utusan Malaysia.

Bahkan katanya, cadangan itu perlu dibuat secara serius kerana laporan-laporan media tersebut terlalu teruk.

Dakwanya, laporan media yang berat sebelah dan tidak memberi laporan yang tepat mempunyai agenda yang jahat untuk menimbulkan kekacauan kepada kerajaan-kerajaan negeri barisan pembangkang adalah untuk menimbul kekacauan di kalangan rakyat.

"Saya tahu media negara kita tidak berperanan sebagai media untuk memberi laporan yang betul dan tepat seterusnya mendidik masyarakat dalam negara kita.

"Sebaliknya mereka memberi laporan-laporan yang dimanipulasi untuk mencetuskan suasana yang tidak harmoni di kalangan kehidupan rakyat di negara kita khususnya negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang," katanya yang dihubungi Harakahdaily semalam.

Justeru itu, katanya, pertimbangan itu wajar kerana dalam suasana sekarang pemboikotan akan berhasil dan berjaya jika betul-betul dilaksanakan.

Dalam blog Anwar baru-baru ini, beliau berkata, akhbar Utusan Malaysia dan TV3 masih beranggapan pilihan raya umum belum selesai

Malah katanya, media milik Umno terus membelasah KeADILan, PAS dan DAP.

Kata Anwar, mereka meniupkan sentimen kaum dan mengalih perhatian khalayak dari krisis kepimpinan Umno, penipuan Suruhanjaya Pilihan raya dan krisis Terengganu.

"Maka ramai kalangan yang mengusulkan agar kerajaan negeri pakatan rakyat, parti, NGO dan rakyat amnya diajak memulau kedua media tersebut.

"Saya, pimpinan parti dan kerajaan negeri sedang menimbangkan saranan tersebut," Anwar dipetik.

Bagaimanapun, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, mereka harus menentukan media mana yang sepatutnya perlu diboikot.

Oleh itu katanya perlu ada perbincangan di kalangan parti pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau menegaskan di belakang Barisan Alternatif (BA) mempunyai 49 peratus pengundi yang mengundi pembangkang di seluruh negara.

"Jadi mereka jangan anggap kita seperti dulu. Jika kita menggerakkan usaha ini saya percaya kesan buruk akan dihadapi oleh pihak media dan saya memberi amaran jangan sampai ke peringkat kami bertindak," tegasnya.

Oleh sebeb itu katanya, mereka masih ada ruang dan masa untuk memohon maaf di atas laporan pembohongan media berkenaan dan sebagai media yang beretika mereka perlu berbuat demikian.

Sementara itu, Pengurus Koporat Fomca, Mohd Yusuf Rahman berpandangan BA serta penyokong-penyokongnya mempunyai hak untuk memboikot media berkenaan berdasarkan siaran dan laporan yang dibuat akhbar Utusan Malaysia dan TV3 tidak memihak kepada mereka.

Cuma katanya, jika dilakukan pengguna biasa agak sukar sikit.

Ini kerana katanya, maklumat yang dikeluarkan sama ada TV3 atau Utusan Malaysia banyak yang perlu diketahui para pengguna.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui di Pejabat Iklan Harakah, dekat sini, hari ini berkata, BA tidak perlu memberi sebarang amaran.

"Saya rasa kalau mereka merasakan bahawa TV3 dan Utusan memang berat sebelah mereka boleh terus memboikot,"katanya.

Tambahan pula katanya, BA sudah lama menghadapinya.

"Sekarang ini mereka boleh mengambil dua pendekatan iaitu pendekatan yang agak radikal di mana tanpa memberi amaran untuk terus boikot dan langkah kedua di segi diplomasi maksudnya memberi amaran dulu bagi tempoh tertentu.

"Umpamanya sekiranya gagal memberi laporan yang tak seimbang mereka boleh menjalankan kempen boikot,"jelasnya.

Katanya, ini kerana boikot boleh mendatangkan kesan besar contohnya sebagaimana dilaporkan Audit Bureau of Circulation (ABC) bahawa apabila berlaku sesuatu kes sesebuah media itu boleh jatuh.

Malah katanya, masyarakat hari ini boleh beralih kepada media alternatif termasuk melalui internet.

Namun katanya, adalah lebih baik BA memberi pilihan media lain dahulu kepada rakyat sebelum memboikot sesebuah media.

"Sebab apabila semua media terlibat pengguna tidak ada pilihan dan ini menyebabkan boikot itu gagal.

"Contoh tindakan Persatuan Pengguna memboikot ayam suatu ketika dulu, ia tidak berjaya kerana harga ikan pun mahal dan kita pun tidak ada alternatif lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap, pengamal media perlu seimbang sama sama ada versi kerajaan atau pembangkang.

"Masyarakat sekarang ingin satu perubahan dan mereka juga berharap bahawa liputan berita perlu seimbang. "Kita khuatir jika liputan tidak seimbang pengguna sendiri memboikotnya walaupun tanpa adanya kempen memboikot media," katanya lagi. - mks.

Orang ramai dijemput ke 'Pidato Perdana Kesyukuran' di Stadium Selayang esok

Tarmizi Mohd Jam
Fri | Mar 28, 08 | 7:09:44 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) -Kali ini Stadium MPS Bandar Baru Selayang akan menjadi medan baru rakyat untuk bermunajat, solat dan membaca Yasin di samping mendengar amanat pemimpin dalam Program "Pidato Perdana Kesyukuran".

Ia akan diadakan pada 29 Mac ini, Sabtu (esok) mulai jam 7 malam. Program ini anjurkan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, demikian pengesahan Setiausaha Majlis Tindakan Dun berkenaan, Haji Omar Setari (pertanyaan 019-3389870) semalam.

Program bermula dengan Solat Maghrib dan diikuti solat Hajat. Kemudiannya menyusur bacaan Yassin ditengah-tengah padang stadium. Beribu-ribu handbill program ini sudah diedar sekitar Gombak.

Orang-ramai diingatkan membawa sejadah masing-masing dan buku Surah Yassin untuk tujuan ini.

Tiga pemidato tersohor, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Exco Kerajaan Selangor yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrisnan.

Orang ramai seluruh Lembah Klang boleh memenuhi stadium dan melihat "peristiwa" bersejarah ini buat kali pertama tercetus di Selangor. - mks.

Thursday, March 27, 2008

Pegawai kanan polis terima rasuah RM75,000 ditahan BPR

Oleh Bernama
Khamis, 27 Mac 2008

KL: Seorang pegawai kanan polis dari Ibupejabat Polis Dearah (IPD) Gombak dekat sini ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor petang tadi kerana disyaki menerima suapan kira-kira RM75,000 daripada seorang anggota sindiket curi kereta.

Pengarah Siasatan Ibu pejabat BPR Datuk Shukri Abdul berkata pegawai kanan berusia lingkungan 50an itu ditahan pukul 1 petang di IPD berkenaan dan terus dibawa ke pejabat BPR Selangor untuk siasatan.

Beliau berkata pegawai kanan itu disyaki menerima suapan bagi tidak mengenakan tindakan ke atas sindiket curi kereta tersebut.

"Kita akan menahannya selama 24 jam bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata sekiranya selepas 24 jam dan siasatan mendapati pegawai itu perlu disambung penahannya, BPR akan mendapatkan perintah tahanan reman di bawah 117 Kanun Acara Jenayah esok.

Sementara itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor SAC II Mazlan Mansor ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Sultan Mizan murka pada Idris Jusoh kerana Tragedi Batu Burok?

Abdul Halim Mohd Rashid
Thu | Mar 27, 08 | 5:17:02 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Selain penggunaan Wang Ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini.

Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato' Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam.

Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram.

Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar.

Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.

Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi.

Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda.

Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris.

Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah.

Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar.

Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar.

Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang".

Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris.

"Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau. - abmr/mr

Satu lagi tamparan buat PM - Ghafur letak jawatan Timbalan Menteri

Harakahdaily
Thu | Mar 27, 08 | 9:13:45 am MYT


KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Kerajaan yang dibentuk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sentiasa berada dalam keadaan bermasalah dan tidak stabil selepas dibentuk lapan hari lepas.

Selepas menghadapi tekanan supaya meletakkan jawatan, Abdullah berhadapan dengan kritikan hebat terhadap pembentukan Kabinetnya yang dianggap pemimpin Umno sebagai usaha memperkukuhkan kedudukannya yang goyah disamping mengetepikan orang-orang Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Selepas Barisan Nasional kehilangan lima negeri, beberapa buat negeri yang dimenanginya turut berada dalam keadaan krisis dengan istana menyebabkan banyak tugasan di Kerajaan Pusat terjejas.

Hari ini, PM menerima satu lagi tamparan hebat apabila, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Ghapur Salleh meletakkan jawatan atas alasan tidak berminat untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, lapor The Star Online.

Ghafur, 64, yang juga Ahli Parlimen Kalabakan, Sabah memberitahu semalam, beliau telahpun menghantar surat perletakan jawatan kepada pejabat PM.

Ghafur yang merupakan Ketua Umno Bahagian Kalabakan menafikan beliau keluar parti atau menyertai pakatan pembangkang.

"Saya tidak berminat untuk menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan, saya hanya mahu buat tugas-tugas saya sahaja," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Beliau merupakan ahli Parlimen kedua dari Sabah yang menolak jawatan kabinet selepas Ahli Parlimen Kimanis yang juga, adik Ketua Menteri Sabah, Dato' Anifah Aman menolak jawatan Timbalan Menteri. - mr

Wednesday, March 26, 2008

"Undi tidak percaya" Kini hantui Menteri Besar Terengganu?

Oleh Tarmizi Mohd Jam
Rabu, 26 Mac 2008

KEMELUT baru bakal membungkus Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said apabila berdepan dengan Sidang Dun tidak lama lagi. Mahu tidak mahu, sidang mesti dipanggil.

Kesemua 23 Adun BN yang kononnya berdiri di belakang anak Badawi dan Idris Jusoh akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Dun bagi membalas "dendam" terhadap Ahmad yang engkar dengan pantang larang Idris Jusoh.

Menteri Luar, Rais Yatim dan Pensyarah UIAM, Dr. Abdul Aziz Bari sependapat tentang kaedah undi tidak percaya ini, merupakan satu jalan bagi menidakkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Menurut, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, “betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan.”

“Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budibicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan.

“Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi”.

Dr. Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik ADUN lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti.

“Atau pun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!”

Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri – dan juga Persekutuan – ada peruntukan di mana ketua negeri boleh “memprorog" atau membubarkan dewan.

“Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang”.

Rais Yatim yang juga ahli undang-undang menjangkakan Ahmad Said akan jatuh seperti "nangka masak" jika meneruskan hasrat menjadi Menteri Besar.

"Bila dia (Ahmad) buat jemputan bersidang tentu 23 ahli Dun ini akan menzahirkan undi tidak percaya. Jika ini berlaku, jatuhlah beliau seperti "nagka masak".

"Itu proses dia. Ikut manapun tidak mungkin bagi beliau meneruskan jawatan itu tanpa ada sokongan majoriti," tegas Rais kepada Utusan Malaysia.

Dalam kemelut politik Terengganu, Majlis Penasihat pemangku raja (MPPR) telah menamakan Ahmad Said sebagai MB yang baru dengan menolak calon Perdana Menteri dan Umno Terengganu, Idris Jusoh kembali ke kerusi itu.

Sekalipun, Idris menyerahkan segalanya kepada qada dan qadar, serta bersedia menerima apa jua keputusan dari istana sebelum ini, terbukti palsu dan lakonan semata.

Pilihan istana terus dipersoal, ditentang dan istana menjadi sasaran cemuhan 23 Adun BN Terengganu secara biadap dan derhaka. Mereka memboikot majlis angkat sumpah dan mengugut akan memecat Ahmad dari menjadi ahli Umno.

Kemarahan pemimpin Umno Terengganu itu gagal disembunyikan, malah terus meluap-luap hingga tercatat kemarahan itu di sepanduk "Kami Nak Idris, Natang!" yang boleh ditafsirkan betapa marahnya mereka terhadap istana dengan menggelarnya "binatang".

Tuesday, March 25, 2008

Pak Lah bakal ketua pembangkang yang tidak tidur?

Oleh Fudzail
Selasa, 25 Mac 2008

SENARIO semasa politik tanahair dari rentetan babak-babak drama pasca pilihanraya ke 12 memang banyak diluar jangkaan. Satu demi satu krisis menonjolkan realiti yang selama ini sekadar mitos.

Apalagi dengan media perdana yang bejat dan tertutup, terutama dalam menutup dosa-dosa, kemelut, kecelaruan dan kacau bilau UMNO/BN yang sudah 50 tahun menjadi 'penjajah' di Malaysia.

Kali terakhir kami, penyokong 'totok' pembangkang atau Barisan Rakyat (BR) di Dubai bertemu dengan Anwar Ibrahim, beberapa hari sebelum pilihanraya diumumkan, masih saja ada terselit keraguan.

Ragu dengan keyakinan Anwar dalam keadaan yang seakan tidak memihak untuk pembangkang walau banyak isu panas, terutama kepimpinan Pak Lah, keangkuhan menantunya, kesombongan budak-budak Tingkat 4, inflasi, rasuah, Patrick Badawi, Lingamgate dan sebagainya.

Mungkin kami agak jauh dari tanahair untuk merasakan gelombang tsunami yang sedang berpusaran di bawah permukaan.

Biarpun maklumat yang terdapat dari laman web dan blog menunjukkan telah ada unsur-unsur yang boleh mengubah peta politik Malaysia, tetapi trauma dari pelbagai strategi jahat BN masih memberikan keraguan.

Pada hari ini, setelah dua minggu pilihanraya berlalu, ternyata sekadar mitos yang BN tidak boleh ditumbangkan. Rakyat telah menghapuskan ketakutan mengenai ancaman 'huru-hara' sekiranya pembangkang menguasai negara.

Walau pilihanraya tidak BERSIH sepenuhnya, gelombang tsunami melenyapkan segala mitos 'perang saraf' yang dicipta oleh BN.

Krisis dari ketidakpuasan beberapa pihak dengan kabinte baru serta penolakan calun-calun MB di negeri-negeri yang masih dibawah naungan BN seperti Perlis dan Trengganu seakan mencepatkan lagi fasa perubahan terbesar sejak kemerdekaan.

Fasa kemuncak yang sedang dinantikan ialah untuk melihat BN bertukar tempat di parlimen sebagai pembangkang. Tidak mustahil lagi untuk melihat presiden UMNO menjadi ketua pembangkang.

Pada November 2005, Anwar pernah ke rumah saya untuk bersama penyokong pembangkang dan itu menjadi salah satu kenangan sekiranya bekas banduan penjara Sungai Buloh tersebut menjadi penghuni Sri Perdana.

Tidak mustahil kalau benar-benar terjadi lompatan ahli parlimen BN ke BR dalam waktu terdekat.

Begitu juga, tidak mustahil, melainkan presiden UMNO yang diminta berundur mahu menarik diri atau ditumbangkan secara hina oleh parti UMNO, Pak Lah boleh mencipta sejarah baru sebagai Ketua Pembangkang Yang Tidak Tidur-Tidur sepanjang perbahasan!

Manakala menantu kesayangannya mungkin tidak juga tidur-tidur untuk menghadapi pelbagai kes mahkamah dengan pelbagai saman malu, selain kes penggabungan Avenue- ECM dan wang ehsan Trengganu yang mungkin membongkarkan penyelewengan sensasi abad ini!

Walauapapun, tidak sabar lagi mengucapkan selamat malam kepada Pak Lah, menantu kesayangan, serta juak-juak UMNOputera yang terlalu lama menguasai politik negara!


Derhaka: PKR buat laporan polis terhadap pemimpin tertinggi Umno

Oleh Bernama
Selasa, 25 Mac 2008

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis terhadap pemimpin tertinggi Umno dan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang mereka sifatkan sebagai tidak menghormati keputusan Istana Terengganu berhubung isu pelantikan Menteri Besar.

Seramai 12 anggota PKR yang diketuai Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Malaysia Faris Musa membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu pada 4.30 petang.

Faris kemudian memberitahu pemberita, laporan itu dibuat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, dan 23 ADUN yang telah membantah keputusan pelantikan ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said oleh Sultan Terengganu, sebagai Menteri Besar negeri itu.

"Keputusan telah dibuat, seharusnya mereka (Umno) mengambil tindakan untuk menerima dan akur kepada keputusan itu," katanya merujuk kepada pelantikan ADUN Kijal Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PKR Terengganu, Razali Alias berkata semua pihak yang terlibat agar menangani krisis tersebut dengan berhemah dan berhati-hati terutamanya dalam menjaga hubungan dengan pihak Istana kerana ia amat sensitif bagi orang Melayu.

"Jika tidak dipersetujui sekalipun, suatu kaedah atau tindakan lain yang lebih bersopan perlulah digunakan," katanya.