Monday, March 31, 2008

Mahathir tuduh Abdullah hancurkan masa depan lima parti komponen BN

Mohd Sabri Said & Saiful Lizan
Mon | Mar 31, 08 | 3:34:24 pm MYT

GEORGETOWN, 31 Mac (Hrkh) - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menghancurkan lima parti teras semasa pilihanraya umum lepas bilamana kesemua parti seperti Umno, MCA, MIC, Gerakan dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk.

Ketika berucap di majlis anjuran Persatuan Melayu Tanjung di Hotel Searaton, Jalan Macalister beliau berkata, sungguh memalukan apabila PM begitu terburu-buru mengadakan pilihan raya terlalu awal dan dalam situsi tidak selamat bagi BN mengekalkan kuasa.

"Saya katakan kalah dalam menang sebab walaupun dapat membentuk kerajaan tetapi ianya kurang dua pertiga yang membolehkan sebarang undang-undang dibentuk menerusi keputusan kabinet," ujarnya.

Katanya, satu lagi faktor kekalahan BN ialah Perdana Menteri begitu lemah tiada andaian sendiri sebaliknya lebih percayakan orang di bawahnya yang menyembunyian banyak kelemahan.

Mahathir berkata beliau percaya untuk menyakin semula rakyat supaya kembali kepada BN akan memakan masa.

Ini kerana, rakyat makin bijak berfikir setelah didera dengan kemelut dalaman parti dan isu yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Jika perkara ini berlaku di era kepimpinan Dato' Onn Jaafar atau Tengku Abdul Rahman tentu mereka malu dan tidak mustahil bertindak meletakan jawatan.

"Apa boleh buat setiap langkah yang dilakukan, ada orang lain yang aturkan. Macam inikah yang dinamakan pemimpin yang memimpin negara, "ujarnya yang disambut tepukan orang ramai.

Kesan terlalu menekan rakyat menyebabkan rakyat buka mata dan memilih kerajaan lain yang dianggap lebih baik.

Padahal Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeAdiLan), PAS dan DAP mempunyai seribu macam masalah.

Katanya, sikap 'yes man' untuk mendapatkan habuan juga antara faktor kejatuhan BN baru-baru ini kerana ramai yang menyembunyikan kelemahan.

"Bila Perdana Menteri tanya kepimpinan yang ada mereka kata OK boleh buat pilihanraya kerana situasi selamat buat kita. Individu sebegitulah yang merosakan parti dan kerajaan," ujarnya.

Sekarang ini yang lantang bersuara adalah golongan yang kalah dalam pilihan raya umum, yang tidak dilantik menggagotai kabinet dan yang tidak lantik sebagai calon manakala yang lain tutup mulut bimbang dicop dengan label yang menakutkan. - mr

Sunday, March 30, 2008

PAS bantah keras filem anti Islam Belanda - Presiden

Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Mar 30, 08 | 8:49:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.

Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia./wann

Umno perlu mansuh sistem kuota - Mahathir

Harakahdaily
Sun | Mar 30, 08 | 11:28:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno seharusnya memansuhkan sistem kuota yang memerlukan pencalonan daripada sekurang-kurangnya 60 bahagian bagi membolehkan seseorang itu bertanding ke jawatan Presiden parti.

Menurut laporan Bernama, beliau mencadangkan perubahan itu kerana sistem kuota ketika ini kelihatan "terbuka kepada penyalahgunaan oleh mereka yang mempunyai kuasa".

"Peraturan itu menghalang anggota-anggota daripada menamakan calon pilihan mereka, apabila mereka yang mempunyai kuasa itu cenderung untuk bertindak menyekat sebarang langkah menentang mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini semalam.

Menurut perlembagaan Umno, seseorang calon perlu memperoleh pencalonan minimum daripada 60 bahagian bagi membolehkan beliau bertanding ke jawatan presiden parti.

Bagaimanapun peraturan ini diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987 dan beliau berjaya mengekalkan jawatan presiden dengan hanya kelebihan 43 undi. Selepas peristiwa itu, sudah menjadi tradisi bagi Umno untuk tidak mengadakan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti. Bagaimanapun Dr Mahathir berkata semasa tempoh pentadbirannya "semua orang bebas mencabar dan berkempen sepenuhnya".

"Semasa tempoh saya (presiden), Tengku Razaleigh mencabar saya, semua cabar saya, dan mereka bebas mencabar, bebas berkempen sepenuhnya, tapi pada masa itu adalah mudah untuk mendapat (sokongan) 60 bahagian," katanya.

Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan serta Menteri Perdagangan dan Industri, merupakan Aggota Parlimen yang paling lama berkhidmat, sejak tahun 1969 lagi.

Ditanya sekiranya beliau merasakan bahawa Tengku Razaleigh adalah pencabar berpotensi bagi jawatan nombor satu parti, Dr Mahathir menjawab: "Tengku Razaleigh adalah salah seorang dari mereka, ada banyak lagi".

Dr Mahathir berkata selain beliau, Perdana Menteri ketiga negara Tun Hussein Onn juga pernah dicabar oleh Sulaiman Palestin bagi jawatan Presiden parti. Katanya beliau merasakan bahawa cabaran adalah sihat bagi parti, tapi ia seharusnya diuruskan dengan rapi bagi menghalang daripada disalah guna oleh pihak yang mempunyai kuasa.

Berhubung tindakan tiga Anggota Parlimen Umno yang menolak pelantikan ke jawatan timbalan menteri, Dr Mahathir berkata ia adalah hak prerogatif mereka.

Bagaimanapun katanya beliau menyanjung sangat keputusan mereka, kerana menurutnya beliau difahamkan penolakan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak dilantik ke jawatan menteri penuh. - mks.

Di mana polis ketika Sultan dihina?

Abdul Halim Mohd Rashid
Sat | Mar 29, 08 | 10:53:24 am MYT

Alahai Ayub...

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mengakui pihaknya baru dalam peringkat mengenal pasti tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja, semasa satu perhimpunan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman di sini, Ahad lepas.

Beliau yang mendakwa kes itu kini di peringkat akhir siasatan bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika dihubungi Bernama semalam.

Sempat pula Ayub menasihatkan orang ramai yang ingin menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi esok supaya tidak membawa kain rentang yang mengandungi perkataan-perkataan sensitif.

Sensitif terhadap siapa? Ayub risaukan siapa? Adakah Ayub menjangka mereka yang akan menyambut Sultan Terengganu itu akan membawa kain rentang seperti "Kami nak Idris, natang"?

"Kita minta semua yang hadir supaya mengawal perasaan, jaga kelakuan dan jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan," katanya.

Persoalannya, mengapa tidak ada sebarang laporan bahawa Ayob memberikan nasihat yang sama kepada penyokong-penyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang sebelum ini gila-gila menunjuk perasaan di kediaman rasmi Menteri Besar?

Alahai Ayub... Persoalannya bukan sudah kenal pasti atau tidak. Bukan soal peringkat akhir siasatan atau peringkat awal siasatan. Orang tak peduli pun kenyataan-kenyataan yang prosedural yang cuba menunjukkan polis siasat juga kain rentang "Kami nak Idris, natang" itu.

Apa yang lebih penting untuk disedari oleh Ayub dan ketuanya di Kuala Lumpur ialah mata rakyat sekarang sedang menyiasat identiti sebenar polis. Rakyat mungkin malas nak bertanya lagi mengapa polis begitu lemah gemalai dan lembut mesra melayan penunjuk perasaan di Pulau Pinang atau di Shah Alam. Memanglah, itu tunjuk perasaan Umno menghentam pembangkang.

Tetapi, bagaimana pula tunjuk perasaan di Kuala Terengganu? Itu bukan tunjuk perasaan menghentam pembangkang. Itu tunjuk samseng dan gedebe kepada Sultan.

Jika selama ini polis cekap benar menggunakan peluru hidup dengan melepaskan empat atau lima das tembakan rambang sambil berlari menghadapi perhimpunan pembangkang di Batu Burok, mengapa polis tidak ambil tindakan terhadap penyokong-penyokong Idris yang begitu megah dengan kain rentang "Kami nak Idris, natang"? Jika polis berada di tempat kejadian dan tindakan tidak diambil, adakah polis bersubahat dengan mereka yang disebut oleh akhbar sebagai "mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja"?

Mengapa polis membiarkan perbuatan itu berlaku? Tidak ada laporan polis merampas kain rentang itu. Tidak ada juga laporan polis menghalang kain rentang itu dipamerkan. Jika semua itu tidak berlaku, bolehkah polis menghalang rakyat menuduh mereka bersubahat dengan tindakan mempamerkan kain rentang itu dan kemudian sedap mulut berkata "Itu kerja orang PAS"!?

Adakah polis tidak tahu, tidak nampak atau tidak perasan kewujudan kain rentang itu? Bukankah polis sebelum itu begitu cekap pagi-pagi buta menahan empat lelaki berusia antara 23 hingga 27 tahun kononnya kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang berunsur hasutan mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu di Jalan Sultan Muhammad?

Membawa kain rentang yang tertulis "Daulat Tuanku", "Selamatkan Terengganu Darul Iman" dan "Daulat Tuanku, rakyat berdiri di belakang DYMM Tuanku" disyaki "berunsur hasutan". Mengapa mereka disiksa di dalam lokap dan dihadapkan ke mahkamah? Kalau orang kata gila, tentu Ayub dan gerombolannya marah. Tetapi, apa kes disoal sehingga empat jam oleh 10 orang polis Cawangan Khas selepas didapati tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah?

Apa siumannya menyiksa rakyat tidak berdosa sehingga akhirnya beliau terlantar di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) akibat sesak nafas dan serangan asma akibat tidak dapat tidur? Sedangkan, yang mempamerkan kain rentang "Kami nak Idris, natang" di waktu siang yang terang tidak diusik sedikitpun ketika mereka melakukan perbuatan itu.

Atau, adakah polis tidak ada berhampiran kediaman Menteri Besar ketika tunjuk perasaan penyokong-penyokong Idris itu berlaku? Kalau benar begitu, lagi teruk!

Alahai Ayub... Bagaimana jika gambar-gambar memaparkan kain rentang yang dilaporkan sebagai "didakwa menghina institusi raja" itu tidak bolos? Adakah polis akan memburu mereka seperti polis melancarkan gerakan memburu "perusuh" 8 September 2007? Jika gambar penghinaan itu tidak bolos, adakah rakyat berpeluang membaca berita bertajuk "3 suspek kes sepanduk hina raja dikenal pasti"?

Ah, kalau mahu tanya, dari pagi ini sehingga pagi esok pun tidak habis. Apa pun, terima kasihlah kerana menayang-nayang dan menunjuk-nunjukkan identiti polis dengan lebih jelas kepada kami. Terima kasih sangat-sangat!

Saturday, March 29, 2008

Bayangan kejatuhan kerajaan BN makin hampir - Nik Aziz

Salmah Mat Husain
Fri | Mar 28, 08 | 4:17:47 pm MYT

KOTA BHARU, 28 Mac (Hrkh) - Bayangan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah menampakkan riaknya berdasar kepada banyak konflik yang gagal diselesaikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS dan KeADILan dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) serta DAP akan menjadi parti pilihan kepada rakyat.

"Kerajaan BN yang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun ternyata gagal membela nasib rakyat. Dan rakyat mulai sedar apa yang berlaku sekarang.

"Keadaan itu disokong pula kejayaan PAS mentadbir Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu. Kita mengutamakan ehsan dan kebajikan rakyat," katanya di sini, baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu, BA dan DAP memenangi 82 kerusi parlimen manakala BN mendapat 140. Hasil keputusan itu menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen.

Kerajaan BN juga tidak lagi dapat meminda rang undang-undang yang melibatkan perkara-perkara pokok berkaitan perlembagaan.

Keadaan tambah bercelaru apabila dua pemimpin Umno menolak tawaran jawatan timbalan menteri iaitu Dato' Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Anifah Aman.

Manakala dua hari lalu Iimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Abdul Ghaffur Salleh juga meletak jawatan.

Dan tidak dapat ditolak lagi kemungkinan besar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok meletak jawatan selepas ini.

Manakala ada pihak pula mendakwa sekurang-kurang 30 anggota parlimen BN dikatakan bersedia meninggalkan parti itu dan menyertai pembangkang dalam masa terdekat ini.

Dan apabila teori itu menjadi kenyataan ia bermakna jumlah anggota BN akan susut daripada 140 sekarang kepada 110 dan pembangkang pula meningkat daripada 82 kepada 112.

Berdasar kepada kemungkinan itu bermakna pembangkang yang sedang diperkukuhkan di atas nama BA mampu membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perjuangan Islam tidak ada dalam kamus Umno sehingga mereka melakukan apa sahaja tanpa batasan agama.

Menurutnya Umno tidak mengajar penyokong dan rakyatnya mentaati Allah dan Rasulullah saw sebagaimana yang dilakukan pemimpin PAS.

"Kerana itu amat wajar rakyat tidak mengekalkan kuasa penuh kepada Umno," ujarnya. - mj/ mr

RPK 'buang' Maxis kerana BN

Abdul Halim Mohd Rashid
Fri | Mar 28, 08 | 10:06:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin menukar nombor telefon tangannya kerana tidak mahu lagi menggunakan perkhidmatan Maxis yang dimiliki Tan Sri Ananda Krishnan.

"Maxis dimiliki oleh Ananda Krishnan, kroni Umno. Dan saya diberitahu bahawa dalam pilihan raya yang lalu beliau menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno. Itu menjadikan beliau musuh rakyat," dakwa beliau.

Ananda, dakwa beliau lagi, 'menentang' perubahan yang dikehendaki rakyat dengan menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno di dalam usaha untuk mematahkan perjuangan rakyat yang mahukan perubahan.

Mengenai tindakan memboikot akhbar-akhbar, beliau menyatakan usaha tersebut tidak sepatutnya terhenti setakat memboikot akhbar-akhbar sahaja.

"Kita (juga) mesti memboikot kesemua produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar tersebut. Jangan beli apa juga produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar Barisan Nasional (BN).

"Inilah satu-satunya cara untuk menyakitkan mereka, di bahagian yang paling menyakitkan, (iaitu) di dalam poket mereka," tegas beliau.

Menurut beliau, itulah yang dimaksudkan dengan keingkaran awam (civil disobedience).

"Boikot semua makanan, perkhidmatan dan produk yang dimilki kroni-kroni, syarikat-syarikat dan sesiapa juga yang menyokong BN dengan dana politik bernilai beratus-ratus juta ringgit. Mereka mendapat duit dari kita dan kemudian memberikannya kepada BN.

"Mengapa membantu mereka membuat duit, yang kemudiannya digunakan untuk menentang rakyat? Mulakan boikot itu sekarang. Biar keingkaran awam yang berkuasa," kata Raja Petra lagi.

Friday, March 28, 2008

Penderhaka tidak sepatutnya jadi PM

Abdul Halim Mohd Rashid
Fri | Mar 28, 08 | 4:57:31 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri kerana beliau telah mengarahkan satu 'perang terbuka' ke atas Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

"Adalah tidak munasabah pemimpin sebuah parti derhaka seperti Umno untuk memimpin negara yang diketuai oleh raja yang diderhakainya," kata beliau.

Pemuda PAS, katanya, melihat semua bentuk penderhakaan dan kebiadaban Umno Terengganu adalah didorong oleh arahan tersebut.

"Politik derhaka Umno Terengganu mempunyai kaitan yang rapat dengan arahan Presiden Umno tersebut ... Presiden Umno mesti dikenakan tindakan undang-undang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata: "Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun adalah atas arahan presiden."

Salahuddin berkata, perbuatan biadab dan derhaka 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional kerana mematuhi arahan Abdullah itu kemudiannya mencetuskan perbuatan biadab penyokong mereka.

"Selain mengadakan perhimpunan haram dan menghantar memorandum bantahan kepada istana, mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada istana," kata beliau.

Kemuncaknya, penyokong bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh yang taat kepada arahan Abdullah telah membawa sepanduk yang tertulis "Kami nak Idris, natang" yang disepakati umum sebagai ditujukan kepada Sultan Terengganu. - mks.

Umno 'restui' Ahmad Said, tapi Agong masih murka kepada Abdullah

H Fansuri
Fri | Mar 28, 08 | 4:53:23 am MYT

Apabila PM Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan perlantikan sesiapa pun selain Dato' Seri Idris Jusoh sebagai MB Terengganu sebagai suatu hal yang menyalahi perlembagaan, telah hangus dan rentung hati istana dibakar oleh kata-kata itu.

Semburan ucapan Abdullah bagaikan naga menyembur api ke dinding istana. Percikan api penderhakaan telah menjilat seluruh istana sehingga runtuh punahlah semuanya tanpa meninggalkan apa-apa kesan lagi. Tapi, beliau dan Umno tidak tahu kemurkaan istana ini.

Belitan Barisan Naga (BN) yang sekian lama menindas rakyat sebelum ini telah membelit istana melalui seluruh kekuatan yang ada khasnya dengan kekuatan media itulah. Adakah media perdana memberi ruang kepada istana untuk membalas kebiadapan Abdullah?

Apakah Abdullah mengira, badai kemurkaan yang kian bergelora di istana amat mudah dipadam dengan renjisan autanya dalam sidang media terbaru ketika dia berkata, bahawa Umno telah merestui Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu? Sekali-kali tidak!

Siapa mahu bertanggungjawab terhadap kain rentang yang berbunyi: "Kami nak Hj Deris, natang!"? Tunjuk perasaan itu diadakan berhampiran kediaman rasmi MB Terengganu seperti yang tersiar dalam Buletin Utama, sebelum ini.

Siapakah 'natang' (binatang) yang dimaksudkan Umno 'Team' Idris? Dato' Ahmad Said atau pihak yang melantik Ahmad Said sebagai MB Terengganu? Tangan Umno mencincang, bahu Umnolah memikulnya.

Syahadan, itu baru secebis peristiwa daripada selaut penderhakaan kepada baginda sultan. Jangan sampai dikatakan bahawa Umno itulah yang menyemai bibit derhaka ke dalam jiwa rakyat. Paling menakutkan, setelah menderhaka, tiada maaf dipinta oleh Umno dan Abdullah daripada baginda sultan.

Siaran langsung memohon maaf kerana derhaka

Sepatutnya, majlis memohon ampun kepada baginda sultan perlu diadakan secara siaran langsung melalui RTM untuk memberi pengajaran kepada rakyat seluruhnya.

Rakyat sedar di dalam keadaan 'apa' dan 'di mana' Abdullah pada ketika beliau memberi kenyataan kepada wartawan tentang perlantikan selain Idris Jusoh sebagai MB itu adalah bercanggah dengan perlembagaan.

Kepada mereka yang masih ingat, Abdullah berkata demikian ketika beliau sedang dalam keadaan berhajat menonton Formula 1. Beliau diserbu dan diminta pendapatnya sebelum atau selepas beliau menonton acara sukan acuan Barat yang bertaraf dunia itu.

Beliau tidak mengeluarkan pendapatnya yang bertaraf 'derhaka kepada istana' itu selepas solat berjemaah atau selepas bertahlil dan beristighfar di Masjid Kristal, Masjid Putajaya atau di Masjid Jami'ul Badawi, Kepala Batas. Malah, beliau dalam keadaan 'lagho' atau lalai dan cuai terhadap urusan keduniaan yang tidak perlu beliau peduli sepatutnya.

Beliau berada di tempat yang melalaikan di mana amoi-amoi jelita dan gadis genit Jepun kulit bergetah, putih gebu, halus mulus yang berkain hijau singkat sejengkal tingginya dari paras lutut, yang sesekali terbuai oleh desiran halus angin sepoi-sepoi bahasa Jepang pada waktu petang di Sepang atau boleh terselak akibat deruan tempias angin yang dilanggar dengan lajunya oleh kereta lumba itu. Dan, mereka itu pula berbaju singkat, ketat dan di bawah baju itu ada sebidang wilayah cerah, setinggi seinci saja dari pusatnya. Demikian nilai-nilai hadhari itu.

Arakian dalam persekitaran yang serba-serbinya berbaur penderhakaan kepada Allah s.w.t itulah, maka Abdullah mengeluarkan ungkapan 'derhaka' kepada istana. Sama ada mata beliau kerling sedikit ke arah sosok genit itu sambil mencuci matanya, sambil menyelam minum air atau sambil menonton F1 'usha' perempuan, hal itu semua adalah urusan antara Allah dan Abdullah jua.

Paling penting di sini ialah kita cuma ingin berkata, bahawa jika Abdullah tidak menonton F1 sekali pun, tidak terjejas urusan negara. Abdullah sanggup menonton F1 ketika Umno sedang bergolak! Bukankah hal ini menambah buruk imej reputasi beliau dalam keadaan gawat kini?

Saat OIC bermesyuarat beberapa minggu lalu untuk menunggu Malaysia menyerahkan kedudukan Pengerusi badan itu di Senegal, Abdullah kenepikan acara itu dengan alasan kononnya mahu menyelesaikan kemelut dalaman negara. Mana jiwa Islam Abdullah!?

Tetapi, ketika Umno masih bergolak dan Umno Terengganu dalam keadaan retak menanti belah antara Ahmad Said dan Idris Jusoh, Abdullah boleh pula meluangkan masanya menonton F1! Memang daripada suatu segi Abdullah boleh berkata: "Dah F1 tu depa buat kat Malaysia, tak kan saya nak pi tengok sat pun tak boleh? Tak kan tak boleh kot!?"

Antara F1 dan OIC, Abdullah hilang wibawa sebagai PM

Tetapi, itu bukan jawapan yang boleh diberikan oleh seorang Perdana Menteri yang ingin menjaga wibawanya, melainkan jika Abdullah memang tidak menghiraukan wibawanya. Apa kata orang nanti atau pada kemudian hari dengan tindakan Abdullah sebegini?

Masyarakat setempat serta warga sedunia tak ambil pusing soal mesyuarat OIC itu di luar negeri dan F1 itu di Malaysia. Rakyat yang waras menilai F1 adalah acara yang melalaikan dan acara OIC perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan Muslimin sejagat.

Khalayak tidak hiraukan tempat di mana program itu dibuat, tetapi mereka tahu menilai tujuan baik dan buruk F1 dan OIC! F1 bernilai neraka dan OIC bernilai syurga. Jadi, kalau Abdullah pergi melawat F1 ketika Umno dalam proses rawatan, maka beliau hilang wibawa kerana OIC tidak dipedulikannya.

Urusan pemindahan jawatan Pengerusi OIC oleh Malaysia ke atas negara Islam lain amat penting dalam konteks OIC. Jenazah pemerintah tidaklah dikebumikan melainkan setelah rakyat setempat sebulat suara bermuafakat tentang siapakah penguasa baru yang bakal menggantikan penguasa yang baru meninggal dunia.

Malangnya, Abdullah dalam hal mempertahankan kuasanya dalam Umno, beliau sanggup menjarakkan tarikh 'muktamar' Umno sehingga Disember tahun ini. Walhal, kali terakhir 'muktamar' parti itu dilakukan ialah pada September tahun lalu.

Tetapi, demi mempertahankan kuasanya sebagai Perdana Menteri, Abdullah mengawalkan pula pilihan raya pada Mac tahun ini walhal mandat rakyat kepadanya bermula Mac 2004 dan tamat pada Mac tahun depan. Semuanya kerana gara-garanya ingin menyekat Anwar.

Pertahankan kuasa Presiden Umno dan PM

Di dalam batang tubuh Abdullah terbangun dan terbina dua macam kuasa. Kuasa sebagai Presiden Umno dan PM. Ringkasnya, demi menyelamatkan kuasa sebagai Presiden Umno, Abdullah menjarakkan lebihan masa tiga bulan daripada tarikh sepatutnya 'muktamar' Umno itu diadakan. Dan, untuk menjaga kedudukannya sebagai PM, beliau mengawalkan pula pilihan raya umum.

Jika batang tubuh, jiwa, roh, fikiran dan perasaan Abdullah sudah kotor dan tidak lagi jernih, maka lakukan apa saja, pasti tidak akan berjaya. Samada mengawalkan pilihan raya dan melewatkan 'muktamar' untuk pertahankan jawatan Presiden Umno dan kuasa sebagai PM, beliau tetap akan kalah, insya Allah! Kalau menang sekali pun, Abdullah telah kalah dari segi moralnya.

Segala sentuhan Abdullah adalah sentuhan kecundang. Projek koridor, ECER dan segala rancangannya akan punah ranah bagai rosaknya segala perancangan Abu Lahab dan isterinya seperti yang difirmankan Tuhan dalam al-Qur'an. Abdullah dan isterinya banyak memainkan peranan di sebalik tabir sebelum ini secara diam-diam.

Ini kerana, dalam jasad, jiwa kotor dan tidak jernih, rahmat Allah tidak akan menumpang. Allah tidak bersama Abdullah. Beliau kalah tetaplah kalah! Cuma, tunggulah masanya, insya Allah.

Abdullah dan Umno takutkan bayang-bayang sendiri. Anwar, Bersih, Hindraf dan semuanya adalah bayang-bayang Umno yang menakutkan mereka sendiri. Dan, objek-objek itu diciptakan mereka sendiri sebelum ini tanpa suruhan sesiapa pun!

Riak petanda bahawa Abdullah tetap mempertahankan jawatan Presiden Umno sudah jelas kelihatan di dalam sidang medianya yang terbaru. Ketika ditanya pemberita kalau-kalau ada pertandingan dalam perhimpunan agung Umno nanti, beliau berkata:

"Saya akan menghadapi mereka. Jika mereka dapat pencalonan, mereka boleh bertanding nanti. Kenapa saya perlu mengundur diri?" kata beliau lalu terus menutup sidang media tersebut.

Dengan cepat Abdullah menutup sidang media agar tiada lagi pertanyaan wartawan dapat dimajukan berhubung isu pihak-pihak yang akan bertanding bagi merebut jawatan beliau itu. Ikut tradisi, Presiden Umno adalah Pengerusi BN merangkap PM juga.

Tentunya Abdullah akan pertahankan semahu-mahunya. Beliau boleh 'memujuk' Idris kerana jawatan MB Terengganu bukanlah kuasa dan jawatannya. Tapi, jawatan PM itu jawatan Abdullah. Beliau pertahankan dengan apa cara yang ada termasuk dengan jalan menderhaka kepada baginda sultan sekali pun!

Kata nabi, "Keredhaan Allah s.w.t terletak di atas keredhaan ibu bapa." Tun Seri Lanang telah menukilkan sepatah titah seorang sultan dalam Sulalatus Salatin, "Daulat raja-raja terletak di atas rakyatnya." Kata rasul, "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu."

Ringkasnya, kita perlu cermat menaruh hormat kepada 'asal' mula kita. Ibu bapa adalah 'asal' kepada anak. Daulat raja-raja itu berasal dan berpunca daripada rakyat. Asal perlantikan PM ke atas Abdullah adalah melalui perkenan istana setelah diberikan mandat oleh rakyat.

Jeritan dan pekikan rakyat telah bercantum dengan raung kemurkaan yang merobek pintu hati istana. Semua ini gagal dirawat Abdullah dalam misi Umno; merawat Kelantan kononnya. Keadaan ini bagai retak menanti belah. Beliau hanya perlu menghitung hari-hari kejatuhannya di depan pintu istana dan tersungkurnya beliau di bawah telapak kaki rakyat.

Anak Hindraf berdemo di KLCC
Disiram water canon pedihlah matanya
Abdullah jatuh suatu masa nanti
Sama-samalah kita menyaksikannya! (Insya Allah Ta'ala)

Anak Bersih berkuning di kota
mahu ke istana dihalang FRU
Abdullah bakal berputih mata
hajat tak sampai hatinya pilu.

3:26 a.m, 28 Mac 2008,
Sekolah Pemikiran Kg Baru

PAS sokong cadangan lima negeri boikot Utusan, TV3

Roy Rasul
Fri | Mar 28, 08 | 6:51:02 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, PAS menyokong penuh hasrat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dan lima negeri kerajaan baru yang diperintah pembangkang untuk menimbangkan saranan memboikot TV3 dan Utusan Malaysia.

Bahkan katanya, cadangan itu perlu dibuat secara serius kerana laporan-laporan media tersebut terlalu teruk.

Dakwanya, laporan media yang berat sebelah dan tidak memberi laporan yang tepat mempunyai agenda yang jahat untuk menimbulkan kekacauan kepada kerajaan-kerajaan negeri barisan pembangkang adalah untuk menimbul kekacauan di kalangan rakyat.

"Saya tahu media negara kita tidak berperanan sebagai media untuk memberi laporan yang betul dan tepat seterusnya mendidik masyarakat dalam negara kita.

"Sebaliknya mereka memberi laporan-laporan yang dimanipulasi untuk mencetuskan suasana yang tidak harmoni di kalangan kehidupan rakyat di negara kita khususnya negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang," katanya yang dihubungi Harakahdaily semalam.

Justeru itu, katanya, pertimbangan itu wajar kerana dalam suasana sekarang pemboikotan akan berhasil dan berjaya jika betul-betul dilaksanakan.

Dalam blog Anwar baru-baru ini, beliau berkata, akhbar Utusan Malaysia dan TV3 masih beranggapan pilihan raya umum belum selesai

Malah katanya, media milik Umno terus membelasah KeADILan, PAS dan DAP.

Kata Anwar, mereka meniupkan sentimen kaum dan mengalih perhatian khalayak dari krisis kepimpinan Umno, penipuan Suruhanjaya Pilihan raya dan krisis Terengganu.

"Maka ramai kalangan yang mengusulkan agar kerajaan negeri pakatan rakyat, parti, NGO dan rakyat amnya diajak memulau kedua media tersebut.

"Saya, pimpinan parti dan kerajaan negeri sedang menimbangkan saranan tersebut," Anwar dipetik.

Bagaimanapun, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, mereka harus menentukan media mana yang sepatutnya perlu diboikot.

Oleh itu katanya perlu ada perbincangan di kalangan parti pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau menegaskan di belakang Barisan Alternatif (BA) mempunyai 49 peratus pengundi yang mengundi pembangkang di seluruh negara.

"Jadi mereka jangan anggap kita seperti dulu. Jika kita menggerakkan usaha ini saya percaya kesan buruk akan dihadapi oleh pihak media dan saya memberi amaran jangan sampai ke peringkat kami bertindak," tegasnya.

Oleh sebeb itu katanya, mereka masih ada ruang dan masa untuk memohon maaf di atas laporan pembohongan media berkenaan dan sebagai media yang beretika mereka perlu berbuat demikian.

Sementara itu, Pengurus Koporat Fomca, Mohd Yusuf Rahman berpandangan BA serta penyokong-penyokongnya mempunyai hak untuk memboikot media berkenaan berdasarkan siaran dan laporan yang dibuat akhbar Utusan Malaysia dan TV3 tidak memihak kepada mereka.

Cuma katanya, jika dilakukan pengguna biasa agak sukar sikit.

Ini kerana katanya, maklumat yang dikeluarkan sama ada TV3 atau Utusan Malaysia banyak yang perlu diketahui para pengguna.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui di Pejabat Iklan Harakah, dekat sini, hari ini berkata, BA tidak perlu memberi sebarang amaran.

"Saya rasa kalau mereka merasakan bahawa TV3 dan Utusan memang berat sebelah mereka boleh terus memboikot,"katanya.

Tambahan pula katanya, BA sudah lama menghadapinya.

"Sekarang ini mereka boleh mengambil dua pendekatan iaitu pendekatan yang agak radikal di mana tanpa memberi amaran untuk terus boikot dan langkah kedua di segi diplomasi maksudnya memberi amaran dulu bagi tempoh tertentu.

"Umpamanya sekiranya gagal memberi laporan yang tak seimbang mereka boleh menjalankan kempen boikot,"jelasnya.

Katanya, ini kerana boikot boleh mendatangkan kesan besar contohnya sebagaimana dilaporkan Audit Bureau of Circulation (ABC) bahawa apabila berlaku sesuatu kes sesebuah media itu boleh jatuh.

Malah katanya, masyarakat hari ini boleh beralih kepada media alternatif termasuk melalui internet.

Namun katanya, adalah lebih baik BA memberi pilihan media lain dahulu kepada rakyat sebelum memboikot sesebuah media.

"Sebab apabila semua media terlibat pengguna tidak ada pilihan dan ini menyebabkan boikot itu gagal.

"Contoh tindakan Persatuan Pengguna memboikot ayam suatu ketika dulu, ia tidak berjaya kerana harga ikan pun mahal dan kita pun tidak ada alternatif lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap, pengamal media perlu seimbang sama sama ada versi kerajaan atau pembangkang.

"Masyarakat sekarang ingin satu perubahan dan mereka juga berharap bahawa liputan berita perlu seimbang. "Kita khuatir jika liputan tidak seimbang pengguna sendiri memboikotnya walaupun tanpa adanya kempen memboikot media," katanya lagi. - mks.

Orang ramai dijemput ke 'Pidato Perdana Kesyukuran' di Stadium Selayang esok

Tarmizi Mohd Jam
Fri | Mar 28, 08 | 7:09:44 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) -Kali ini Stadium MPS Bandar Baru Selayang akan menjadi medan baru rakyat untuk bermunajat, solat dan membaca Yasin di samping mendengar amanat pemimpin dalam Program "Pidato Perdana Kesyukuran".

Ia akan diadakan pada 29 Mac ini, Sabtu (esok) mulai jam 7 malam. Program ini anjurkan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, demikian pengesahan Setiausaha Majlis Tindakan Dun berkenaan, Haji Omar Setari (pertanyaan 019-3389870) semalam.

Program bermula dengan Solat Maghrib dan diikuti solat Hajat. Kemudiannya menyusur bacaan Yassin ditengah-tengah padang stadium. Beribu-ribu handbill program ini sudah diedar sekitar Gombak.

Orang-ramai diingatkan membawa sejadah masing-masing dan buku Surah Yassin untuk tujuan ini.

Tiga pemidato tersohor, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Exco Kerajaan Selangor yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrisnan.

Orang ramai seluruh Lembah Klang boleh memenuhi stadium dan melihat "peristiwa" bersejarah ini buat kali pertama tercetus di Selangor. - mks.

Thursday, March 27, 2008

Pegawai kanan polis terima rasuah RM75,000 ditahan BPR

Oleh Bernama
Khamis, 27 Mac 2008

KL: Seorang pegawai kanan polis dari Ibupejabat Polis Dearah (IPD) Gombak dekat sini ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor petang tadi kerana disyaki menerima suapan kira-kira RM75,000 daripada seorang anggota sindiket curi kereta.

Pengarah Siasatan Ibu pejabat BPR Datuk Shukri Abdul berkata pegawai kanan berusia lingkungan 50an itu ditahan pukul 1 petang di IPD berkenaan dan terus dibawa ke pejabat BPR Selangor untuk siasatan.

Beliau berkata pegawai kanan itu disyaki menerima suapan bagi tidak mengenakan tindakan ke atas sindiket curi kereta tersebut.

"Kita akan menahannya selama 24 jam bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata sekiranya selepas 24 jam dan siasatan mendapati pegawai itu perlu disambung penahannya, BPR akan mendapatkan perintah tahanan reman di bawah 117 Kanun Acara Jenayah esok.

Sementara itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor SAC II Mazlan Mansor ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Sultan Mizan murka pada Idris Jusoh kerana Tragedi Batu Burok?

Abdul Halim Mohd Rashid
Thu | Mar 27, 08 | 5:17:02 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Selain penggunaan Wang Ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini.

Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato' Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam.

Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram.

Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar.

Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.

Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi.

Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda.

Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris.

Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah.

Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar.

Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar.

Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang".

Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris.

"Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau. - abmr/mr

Satu lagi tamparan buat PM - Ghafur letak jawatan Timbalan Menteri

Harakahdaily
Thu | Mar 27, 08 | 9:13:45 am MYT


KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Kerajaan yang dibentuk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sentiasa berada dalam keadaan bermasalah dan tidak stabil selepas dibentuk lapan hari lepas.

Selepas menghadapi tekanan supaya meletakkan jawatan, Abdullah berhadapan dengan kritikan hebat terhadap pembentukan Kabinetnya yang dianggap pemimpin Umno sebagai usaha memperkukuhkan kedudukannya yang goyah disamping mengetepikan orang-orang Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Selepas Barisan Nasional kehilangan lima negeri, beberapa buat negeri yang dimenanginya turut berada dalam keadaan krisis dengan istana menyebabkan banyak tugasan di Kerajaan Pusat terjejas.

Hari ini, PM menerima satu lagi tamparan hebat apabila, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Ghapur Salleh meletakkan jawatan atas alasan tidak berminat untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, lapor The Star Online.

Ghafur, 64, yang juga Ahli Parlimen Kalabakan, Sabah memberitahu semalam, beliau telahpun menghantar surat perletakan jawatan kepada pejabat PM.

Ghafur yang merupakan Ketua Umno Bahagian Kalabakan menafikan beliau keluar parti atau menyertai pakatan pembangkang.

"Saya tidak berminat untuk menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan, saya hanya mahu buat tugas-tugas saya sahaja," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Beliau merupakan ahli Parlimen kedua dari Sabah yang menolak jawatan kabinet selepas Ahli Parlimen Kimanis yang juga, adik Ketua Menteri Sabah, Dato' Anifah Aman menolak jawatan Timbalan Menteri. - mr

Wednesday, March 26, 2008

"Undi tidak percaya" Kini hantui Menteri Besar Terengganu?

Oleh Tarmizi Mohd Jam
Rabu, 26 Mac 2008

KEMELUT baru bakal membungkus Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said apabila berdepan dengan Sidang Dun tidak lama lagi. Mahu tidak mahu, sidang mesti dipanggil.

Kesemua 23 Adun BN yang kononnya berdiri di belakang anak Badawi dan Idris Jusoh akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Dun bagi membalas "dendam" terhadap Ahmad yang engkar dengan pantang larang Idris Jusoh.

Menteri Luar, Rais Yatim dan Pensyarah UIAM, Dr. Abdul Aziz Bari sependapat tentang kaedah undi tidak percaya ini, merupakan satu jalan bagi menidakkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Menurut, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, “betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan.”

“Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budibicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan.

“Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi”.

Dr. Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik ADUN lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti.

“Atau pun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!”

Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri – dan juga Persekutuan – ada peruntukan di mana ketua negeri boleh “memprorog" atau membubarkan dewan.

“Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang”.

Rais Yatim yang juga ahli undang-undang menjangkakan Ahmad Said akan jatuh seperti "nangka masak" jika meneruskan hasrat menjadi Menteri Besar.

"Bila dia (Ahmad) buat jemputan bersidang tentu 23 ahli Dun ini akan menzahirkan undi tidak percaya. Jika ini berlaku, jatuhlah beliau seperti "nagka masak".

"Itu proses dia. Ikut manapun tidak mungkin bagi beliau meneruskan jawatan itu tanpa ada sokongan majoriti," tegas Rais kepada Utusan Malaysia.

Dalam kemelut politik Terengganu, Majlis Penasihat pemangku raja (MPPR) telah menamakan Ahmad Said sebagai MB yang baru dengan menolak calon Perdana Menteri dan Umno Terengganu, Idris Jusoh kembali ke kerusi itu.

Sekalipun, Idris menyerahkan segalanya kepada qada dan qadar, serta bersedia menerima apa jua keputusan dari istana sebelum ini, terbukti palsu dan lakonan semata.

Pilihan istana terus dipersoal, ditentang dan istana menjadi sasaran cemuhan 23 Adun BN Terengganu secara biadap dan derhaka. Mereka memboikot majlis angkat sumpah dan mengugut akan memecat Ahmad dari menjadi ahli Umno.

Kemarahan pemimpin Umno Terengganu itu gagal disembunyikan, malah terus meluap-luap hingga tercatat kemarahan itu di sepanduk "Kami Nak Idris, Natang!" yang boleh ditafsirkan betapa marahnya mereka terhadap istana dengan menggelarnya "binatang".

Tuesday, March 25, 2008

Pak Lah bakal ketua pembangkang yang tidak tidur?

Oleh Fudzail
Selasa, 25 Mac 2008

SENARIO semasa politik tanahair dari rentetan babak-babak drama pasca pilihanraya ke 12 memang banyak diluar jangkaan. Satu demi satu krisis menonjolkan realiti yang selama ini sekadar mitos.

Apalagi dengan media perdana yang bejat dan tertutup, terutama dalam menutup dosa-dosa, kemelut, kecelaruan dan kacau bilau UMNO/BN yang sudah 50 tahun menjadi 'penjajah' di Malaysia.

Kali terakhir kami, penyokong 'totok' pembangkang atau Barisan Rakyat (BR) di Dubai bertemu dengan Anwar Ibrahim, beberapa hari sebelum pilihanraya diumumkan, masih saja ada terselit keraguan.

Ragu dengan keyakinan Anwar dalam keadaan yang seakan tidak memihak untuk pembangkang walau banyak isu panas, terutama kepimpinan Pak Lah, keangkuhan menantunya, kesombongan budak-budak Tingkat 4, inflasi, rasuah, Patrick Badawi, Lingamgate dan sebagainya.

Mungkin kami agak jauh dari tanahair untuk merasakan gelombang tsunami yang sedang berpusaran di bawah permukaan.

Biarpun maklumat yang terdapat dari laman web dan blog menunjukkan telah ada unsur-unsur yang boleh mengubah peta politik Malaysia, tetapi trauma dari pelbagai strategi jahat BN masih memberikan keraguan.

Pada hari ini, setelah dua minggu pilihanraya berlalu, ternyata sekadar mitos yang BN tidak boleh ditumbangkan. Rakyat telah menghapuskan ketakutan mengenai ancaman 'huru-hara' sekiranya pembangkang menguasai negara.

Walau pilihanraya tidak BERSIH sepenuhnya, gelombang tsunami melenyapkan segala mitos 'perang saraf' yang dicipta oleh BN.

Krisis dari ketidakpuasan beberapa pihak dengan kabinte baru serta penolakan calun-calun MB di negeri-negeri yang masih dibawah naungan BN seperti Perlis dan Trengganu seakan mencepatkan lagi fasa perubahan terbesar sejak kemerdekaan.

Fasa kemuncak yang sedang dinantikan ialah untuk melihat BN bertukar tempat di parlimen sebagai pembangkang. Tidak mustahil lagi untuk melihat presiden UMNO menjadi ketua pembangkang.

Pada November 2005, Anwar pernah ke rumah saya untuk bersama penyokong pembangkang dan itu menjadi salah satu kenangan sekiranya bekas banduan penjara Sungai Buloh tersebut menjadi penghuni Sri Perdana.

Tidak mustahil kalau benar-benar terjadi lompatan ahli parlimen BN ke BR dalam waktu terdekat.

Begitu juga, tidak mustahil, melainkan presiden UMNO yang diminta berundur mahu menarik diri atau ditumbangkan secara hina oleh parti UMNO, Pak Lah boleh mencipta sejarah baru sebagai Ketua Pembangkang Yang Tidak Tidur-Tidur sepanjang perbahasan!

Manakala menantu kesayangannya mungkin tidak juga tidur-tidur untuk menghadapi pelbagai kes mahkamah dengan pelbagai saman malu, selain kes penggabungan Avenue- ECM dan wang ehsan Trengganu yang mungkin membongkarkan penyelewengan sensasi abad ini!

Walauapapun, tidak sabar lagi mengucapkan selamat malam kepada Pak Lah, menantu kesayangan, serta juak-juak UMNOputera yang terlalu lama menguasai politik negara!


Derhaka: PKR buat laporan polis terhadap pemimpin tertinggi Umno

Oleh Bernama
Selasa, 25 Mac 2008

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis terhadap pemimpin tertinggi Umno dan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang mereka sifatkan sebagai tidak menghormati keputusan Istana Terengganu berhubung isu pelantikan Menteri Besar.

Seramai 12 anggota PKR yang diketuai Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Malaysia Faris Musa membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu pada 4.30 petang.

Faris kemudian memberitahu pemberita, laporan itu dibuat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, dan 23 ADUN yang telah membantah keputusan pelantikan ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said oleh Sultan Terengganu, sebagai Menteri Besar negeri itu.

"Keputusan telah dibuat, seharusnya mereka (Umno) mengambil tindakan untuk menerima dan akur kepada keputusan itu," katanya merujuk kepada pelantikan ADUN Kijal Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PKR Terengganu, Razali Alias berkata semua pihak yang terlibat agar menangani krisis tersebut dengan berhemah dan berhati-hati terutamanya dalam menjaga hubungan dengan pihak Istana kerana ia amat sensitif bagi orang Melayu.

"Jika tidak dipersetujui sekalipun, suatu kaedah atau tindakan lain yang lebih bersopan perlulah digunakan," katanya.


Sepanduk biadap?

Oleh Webmaster
Selasa, 25 Mac 2008

SEPANDUK BIADAP?... Pantang orang Melayu menderhaka pada Sultan. Gambar yang disiarkan berdasarkan rakaman TV3 ini menimbulkan tanda tanya, pada siapakah 'natang' itu ditujukan?

Gambar ehsan TV3 dan NTV7


Sepanduk biadap: PAS mahu Abdullah jawab

Oleh HarakahDaily
Selasa, 25 Mac 2008

KETUA Penerangan PAS Mahfuz Omar mahu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti menjelaskan siapakah yang dimaksudkan binatang dalam sepanduk tunjuk perasaan penyokong-penyokong Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sepanduk itu tertulis "Kami nak Idris, natang".

"PM, TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), Idris dan 23 Adun yang dilaporkan dikurung oleh Idris untuk memastikan mereka menyokong cita-citanya menjadi Menteri Besar (MB) kini dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab merestui sepanduk di dalam demonstrasi penyokong-penyokong Idris Jusoh itu.

"Siapa dituduh binatang? Sultan (Terengganu)?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Sambil menyifatkan perbuatan itu lebih buruk dari kebiadaban dan sifat kurang ajar, Mahfuz mengingatkan Perdana Menteri dan penyokong-penyokongnya bahawa merekalah yang dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan sepanduk itu.

"Tunjuk perasaan itu menyokong Idris. Idris adalah kehendak PM (untuk menjadi MB). TPM pula hanya ikut sahaja kehendak PM sebab beliau kini didakwa terlalu takut kepada PM.

"Sebab itulah saya diberitahu sudah bertebaran SMS di sana sini yang menuduh PM, TPM, Idris serta 23 Adun tersebut yang 'buat' sepanduk itu," kata beliau.

Mahfuz menuntut pihak polis bertindak segera ke atas sesiapa sahaja yang terlibat dengan sepanduk itu yang turut ditayangkan dalam laporan berita sebuah stesen TV tempatan semalam.

"Tahun lalu, ketika polis menuduh pembangkang mengadakan perhimpunan haram di Batu Burok, sibuk sangat mereka mencari siapa membakar jalur gemilang untuk menutup perbuatan mereka menembak rakyat yang tidak bersenjata dengan peluru hidup.

"Kenapa tidak cari siapa yang buat dan pamer sepanduk-sepanduk yang dilihat menghina Sultan itu? Amboi, bukan main lembut dan mesra Ketua Polis Terengganu memberi nasihat," kata beliau.

Bernama melaporkan, Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaakob menasihati pihak-pihak yang terlibat dalam kemelut berhubung pelantikan Menteri Besar Terengganu agar tidak menghadiri atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram.

Ayob terkenal berikutan tindakan polis menggunakan peluru hidup menembak rakyat yang dituduh menghadiri perhimpunan haram di Batu Buruk tahun lalu.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku itu adalah akibat kedegilan Abdullah untuk melantik Idris sebagai MB sehingga mengetepikan perubahan dan keamanan di Terengganu, Mahfuz meminta rakyat Terengganu membuat lebih banyak laporan polis ke atas Abdullah, Najib serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang terlibat.

Malaysiakini melaporkan, petang tadi, Angkatan Muda KeADILan (AMK) membuat laporan terhadap PM, TPM serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwanya �bersikap biadap dan menderhaka� kepada Sultan Terengganu.

Laporan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua AMK pusat, Fariz Musa, di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi.

"Lebih banyak laporan polis ke atas mereka perlu dibuat kerana apa yang berlaku itu mencabar kedaulatan undang-undang dan keluluhuran perlembagaan.

"Rakyat tidak boleh biarkan perbuatan itu, nanti Umno dan BN akan pijak lagi kedaulatan undang-undang dan keluluhuran perlembagaan. Selepas (dibuat laporan polis) itu, rakyat boleh tengok sendiri apa polis buat," katanya.


Umno Muar tuntut Abdullah undur

Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Mar 25, 08 | 5:42:58 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Sokongan terus terang kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai Presiden Umno sudah bermula.

Di Muar, sebuah akhbar tempatan melaporkan 80 ketua cawangan mendesak pemimpin mereka mengadakan mesyuarat agung khas bahagian itu untuk menuntut Abdullah berundur.

Kumpulan itu, termasuk jawatankuasa, Pemuda dan Wanita bahagian berkenaan berkumpul di rumah Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman untuk mendapatkan pandangannya sebelum membuat keputusan mereka.

Mereka kecewa apabila Ketua Bahagian Muar, Datuk Mohd Ismail Mohd kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Adun Maharani kini ialah Dr Mohamad Taslim dari PAS yang mendapat 8,154 undi dalam pilihan raya baru-baru ini berbanding 7,996 yang diperolehi Mohd Ismail.

Mereka yakin sudah sampai masanya Umno dipulihkan.

Jurucakap mereka, Zakariah Mahadi menyatakan, kepimpinan Umno mestilah bertanggungjawab atas keputusan pilihan raya baru-baru ini dan meletak jawatan.

Zakariah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang menyatakan, ramai ahli Umno di bahagian itu yang sedih dengan kekalahan Barisan Nasional (BN).

"Kami juga mengambil keputusan untuk memberikan sokongan kepada usaha Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk memulihkan maruah Umno," akhbar tersebut memetik beliau berkata selepas perhimpunan itu.

Menurut beliau, ahli-ahli di bahagian itu sedih kerana para pemimpin Umno gagal melihat angin perubahan yang melanda negara.

Sementara itu, Kadar yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Tengku Razaleigh berkata, Abdullah sepatutnya mendengar desakan akar umbi yang mahu beliau berundur.

Rakyat, katanya, sudah tidak tahan lagi dengan rasuah, kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa.

Keangkuhan Umno punca kalah - Koh Tsu Koon

Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Mar 25, 08 | 5:03:01 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Selepas Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy menyifatkan Umno sebagai punca kaum India terpinggir di negara ini, Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menyalahkan "keangkuhan kuasa" beberapa pemimpin Umno sebagai punca kekalahan partinya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Tindakan, kata-kata dan perbuatan beberapa pemimpin Umno sejak dua tahun lalu mengakibatkan rasa marah (rakyat)," kata Dr Koh selepas mempengerusikan taklimat parti itu semalam.

Bagaimanapun, beliau mengakui pihaknya mungkin tidak melakukan yang secukupnya.

"Mungkin kuasa telah naik ke kepala setelah memimpin Pulau Pinang selama 39 tahun," katanya.

Mengenai saranan-saranan dalam taklimat itu, Koh berkata, kepimpinan tertinggi parti itu dituntut supaya lebih lantang bersuara untuk rakyat.

"Kami mengakui bahawa kami terlalu sibuk dengan kerja-kerja di dalam kerajaan dan mungkin kami telah terpisah dari rakyat," katanya.

Perkembangan seterusnya akan memperlihatkan adakah Dr Koh akan menerima nasib yang sama seperti Paranjothy.

Berikutan kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menuntut pucuk pimpinan Gerakan mengambil tindakan tegas ke atas Paranjothy.

�Kalau ia melibatkan parti atau Pemuda saya, sudah lama saya pecat (orang itu). Tetapi ini bukan ahli Pemuda saya, parti saya, maka saya serahkan kepada Gerakan untuk menentukan,� katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyifatkan kenyataan Paranjothy itu telah melanggar disiplin Barisan Nasional (BN).

Lantik Ahmad sah, Abdullah salah - Ku Li

Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Mar 25, 08 | 4:32:52 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa perlantikan sesiapa sahaja selain Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu bercanggah dengan perlembagaan adalah salah, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

"Seperti dalam krisis di Perlis baru-baru ini, tindakan-tindakan Perdana Menteri menunjukkan ketidakcekapan yang memeranjatkan di dalam mengendalikan hubungan fundamental dan fungsi kerajaan yang begitu jelas," kata bekas Menteri Kewangan yang menawarkan diri sebagai calon Presiden Umno itu.

Apa yang berlaku di Terengganu, katanya, adalah krisis kerajaan dan bukannya krisis perlembagaan.

"Sultan telah bertindak dalam bidang kuasa baginda untuk melantik seseorang yang dipercayai mempunyai dukungan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam kenyaataanya yang dianggap keras mengenai kelemahan Abdullah.

Menurut beliau, perlantikan Datuk Ahmad Said oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu adalah sah dan Adun itu sekarang adalah MB Terengganu.

"Terserahlah kepada persidangan DUN nanti untuk memberikan usul percaya kepadanya (Ahmad)," tambahnya.

Semua petisyen, ancaman, paksaan dan deklarasi menyokong Perdana Menteri dan Idris tidak mempunyai kekuatan di sisi undang-undang untuk mencabar perlantikan yang dibuat oleh Sultan itu kerana ia adalah sah di sisi undang-undang, katanya.

Kemelut Terengganu: Peguam Negara gagal menghadap Agong

Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Mar 25, 08 | 4:01:33 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Percubaan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai untuk menyelesaikan kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu, menemui kegagalan.

Laman berita Malaysian Insider melihat perkara itu sebagai penolakan yang jelas oleh pihak istana, yang mengambil pendirian yang tegas menolak tindakan Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar (MB).

Perkembangan itu juga dilihat menajamkan lagi pertembungan antara Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Abdullah.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said yang menerima pelantikan MB yang dibuat oleh pihak istana membayangkan jawatannya "mungkin tidak lama".

�Walaupun jawatan ini mungkin tidak lama, tetapi berdasarkan peruntukan undang-undang tiada siapa boleh mempertikaikan kedudukan saya sebagai MB,� sebuah akhbar tempatan memetik beliau berkata ketika ditemui di kediaman ibunya di Kampung Teluk Kalong, Kijal dekat sini petang ini, sekembalinya dari Kuala Lumpur.

Ahmad, 51, dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di ibu negara.

Monday, March 24, 2008

bohong

1999 - Mahathir Bohong
2004 - Pak Lah Bohong
2008 - Khairy Bohong
2013 - _______________

Presiden PAS seru rakyat Terengganu hormati keputusan Istana

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh)- PAS menyatakan sokongan penuh dan menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru selepas dua minggu Barisan Nasional (BN) Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum yang lalu.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata beliau percaya keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja itu mengambil kira dan menitik-beratkan hasrat dan kehendak sebenar rakyat negeri Terengganu keseluruhannya.

Semalam pihak Istana Trengganu telah bersetuju melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato' Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar sekaligus menamatkan era kepimpinan Dato' Seri Idris Jusoh satu penggal.

Namun Terengganu berterusan tanpa menteri besar apabila Ahmad yang dipilih oleh pihak istana tidak mengangkat sumpah jawatan tersebut semalam.

Sebaliknya, beliau hanya menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai menteri besar Terengganu yang baru dan watikah tersebut diserahkan kepada beliau oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), dan juga adinda Sultan Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Shah.

"PAS yakin yang keputusan pihak Istana Terengganu itu bersandarkan ketidak-puasan hati Istana dan rakyat terhadap kepimpinan Menteri Besar yang lalu.

"Keputusan itu sudah pasti difahami dan diterima rakyat oleh kerana merekalah yang sebenarnya menanggung kesan langsung hasil dari ketidakcekapan dan kerakusan pimpinan negeri yang lalu," kata Ustaz Hadi dalam satu kenyataan medianya.

Beliau menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu agar menghormati keputusan pihak Istana itu dan menyatakan pentingnya kerjasama yang dijalin antara antara rakyat dengan Istana.

"Sesungguhnya kerjasama antara rakyat dan Istana sangat penting, insya-Allah demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negeri Terengganu Darul Iman," katanya.

PM bantah keputusan Istana, Umno pecat Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Setelah Peguam Negara 'campur tangan' berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu yang tertangguh dua minggu, kini keadaan 'diburukkan' lagi dengan kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilihat membantah keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Trengganu melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Dato' Ahmad Said ke jawatan tersebut.

Selain itu, Umno yang kini seolah-olah 'menunjukkan taringnya' kepada pihak Istana melakukan tindakan yang mengejutkan banyak pihak apabila melucutkan keahlian Ahmad dalam Umno kerana mengingkari arahan Umno Malaysia supaya tidak menerima watikah pelantikannya itu.

Dilaporkan Ahmad, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang juga adinda Sultan Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Shah.

Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa pelantikan Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut perlembagaan.

"Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Dato' Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan dari segi sokongan.

"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun BN negeri yang membantah pelantikan Ahmad hari ini.

Sementera itu menurut Malaysiakini, Setiausaha Agung Umno yang baru Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata Ahmad tidak berhak menerima watikah itu kerana Abdullah yang juga Presiden Umno, telah mengeluarkan surat cara pelantikan kepada Idris Jusoh untuk jawatan tersebut.

Manakala Setiausaha Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid berkata perlucutan keahlian Ahmad dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi semalam dan surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia katanya kepada Malaysiakini.

Terengganu mengalami krisis pelantikan menteri besar sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac walaupun BN menguasai 24 daripada 32 kerusi DUN.

Idris, yang 'merampas' negeri itu daripada pentadbiran PAS pada 2004, tidak mendapat 'restu' istana apabila majlis angkat sumpah pada 10 Mac lalu dibatalkan tanpa sebab malah situasi tersebut telah menyebabkan hubungan antara BN dengan istana menjadi tegang.

Berapa lama Adun Terengganu boleh dikurung?

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan berapa lamakah Adun-Adun Umno di Terengganu "boleh dikurung".

"Sekalipun UMNO mengurung kesemua wakil rakyat mereka, berapa lama boleh dikurung?" tanya beliau.

Pelbagai sumber mendakwa 23 Adun Umno yang dikatakan menuntut perlantikan semula Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar (MB) telah dikurung kononnya "untuk memastikan sokongan mereka bagi membolehkan Idris dilantik semula".

Husam mengingatkan, walaupun hari ini Adun Kijal, Datuk Ahmad Said yang diperkenankan sebagai MB oleh Sultan Terengganu "sebatang kara", tetapi "esok lusa, belum tau. Mungkin ada yang berminat".

"Sebagai MB, Ahmad rasa saya, boleh masuk ke Pejabat MB dan boleh menyemak segala fail atau meminta segala maklumat dari pegawai dan jabatan" kata beliau dalam blognya, cetusan-hati.blogspot.com.

Husam berharap Ahmad mendapatkan laporan penilaian kos sebenar pembinaan Masjid Kristal.

"Ikut cakap umum, kosnya tak sampai RM 50 juta tapi belanjanya dikatakan lebih RM 360 juta. Mana satu betul, harap MB Terengganu boleh carikan jawapan.

"Kami juga seronok ingin tau berapa sebenarnya yang dibelanjakan untuk program kebanggaan (Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi), Monsoon Cup. Betulkah lebih dari RM 250 juta setahun?"

Untuk tujuan tersebut, kata Exco Kerajaan Kelantan itu, ada baiknya MB Terengganu bukan Idris Jusoh. "Terengganu bukan Idris Jusoh dan Idris Jusoh bukan Terengganu," katanya.

Mengulas apa yang berlaku di Terengganu itu, Husam menyifatkan pergolakan itu berpunca dari sikap pihak yang beraja di hati.

"...ada pihak yang beraja di hati sanggup hilang negeri kerana mempertahankan calon tunggal MB mereka. Jalan tengah tak cuba dicari. <

"Calon kami atau 'perang'. Ultimatum".

"Perlantikan MB harus ikut suara majoriti DUN" Gani Patail

KL: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata dalam soal pemilihan Menteri Besar Terengganu, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja adalah terikat dengan peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan sesiapa jua daripada ahli-ahli yang mendapat kepercayaan kebanyakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hendaklah dilantik.

Beliau berkata proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh undang-undang sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan mengikut prinsip-prinsip demokrasi berparlimen, seseorang yang mendapat sokongan majoriti Adun hendaklah dilantik sebagai Menteri Besar.

"Dalam perkara ini, YB Dato' Seri Idris bin Jusoh mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 22 ahli Dewan Undangan Negeri, kata Abdul Gani dalam satu kenyataan Ahad malam.

Abdul Gani berkata dalam hubungan ini, sekurang-kurangnya 22 daripada 32 orang Adun yang dipilih dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, telah pada 22 Mac menandatangani satu surat yang ditujukan kepada Pemangku Raja Negeri Terengganu Darul Iman dan Majlis Penasihat Pemangku Raja, menzahirkan sokongan mereka kepada pencalonan dan pelantikan Idris sebagai Menteri Besar Terengganu.

Kenyataan empat perkara Peguam Negara itu berikutan pelantikan Adun kawasan Kijal Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja Negeri Terengganu Darul Iman pada hari ini (23 Mac).

Abdul Gani berkata surat itu telah dirujukkan kepada beliau dan beliau percaya bahawa Idris telahpun mendapat nasihat perundangan mengenainya.

"Apa-apa tindakan yang diambil hendaklah mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan," katanya.

Abdul Gani juga berkata menurut Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kewajipan beliau sebagai Peguam Negara untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai apa-apa perkara undang-undang.

"Atas sifat yang sedemikian, saya akan memohon menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menjelaskan mengenai fakta-fakta yang telah dikemukakan kepada saya dan berkenaan dengan undang-undang yang berhubungan dengan perkara tersebut.

"Walaupun perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Majlis Penasihat Pemangku Raja dan keputusan dibuat oleh majlis tersebut, saya berpendapat bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewajarnya dimaklumkan agar Baginda sedia maklum dan lebih jelas akan fakta dan undang-undang mengenai perkara ini," kata beliau.

Sunday, March 23, 2008

Terima kasih kepada PM kerana bentuk kabinet yang lemah - Mohamad Sabu

Intan Abdullah
Sun | Mar 23, 08 | 9:26:04 am MYT

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Parti politik selain Umno-BN perlu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana telah membentuk sebuah kabinet kerajaan yang lemah.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Abdullah telah memberi satu laluan yang mudah kepada pembangkang di Parlimen untuk menilai kehebatannya dengan kabinet yang dibarisi mereka yang telah diketahui umum mempunyai kelemahan yang begitu ketara.

"Kita kena ucapkan terima kasih kepada Abdullah kerana memilih anggota kabinet yang lemah, sekaligus tidak memberikan kegerunan kepada pembangkang yang kini bergelar Barisan Rakyat," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tegasnya, perlantikan individu-individu tertentu yang memiliki rekod yang kurang baik sedikit sebanyak memberikan tanggapan negatif pelbagai pihak terhadap mutu kabinet kerajaan Umno-BN untuk penggal akan datang.

"Kita hairan bagaimana Abdullah boleh melantik Zaid Ibrahim (peguam) yang pernah menolak Hudud, dan Muhamad Taib yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

"Yang jelas, ia adalah sebuah kabinet yang lemah dan kita mengharapkan Abdullah akan jatuh dengan kelemahannya sendiri," katanya.

Sungguhpun begitu, Mohamad Sabu yang juga merupakan calon PAS Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan kepada seluruh penggerak parti politik alternatif termasuk pakatan PAS, KeADILan dan DAP agar tidak terus leka dengan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang memberi kemenangan yang selesa.

"Sejarah kemenangan ini pernah terjadi pada pilihan raya umum 1969 pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman yang hilang majoriti 2/3 akibat berlakunya penentangan dalaman parti tersebut.

"Namun, kita (PAS) tidak perlu berehat kerana mereka akan berusaha untuk mengembalikan semula kekuatan bagi mengatasi kita," tambahnya.

Beliau menyeru seluruh jentera agar melipat gandakan usaha bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang di samping menunaikan mandat yang telah diberikan rakyat selepas berjaya menerajui lima buah negeri.

Sementara itu, Mohamad Sabu turut mengulas mengenai pergolakan dalaman yang berlaku pada Umno-BN sehingga menonjolkan kelemahan pemimpin nombor satu parti itu kepada umum.

"Apa yang berlaku adalah kesan daripada rasa tidak puas hati dengan corak pentadbiran kepimpinan Abdullah yang nyata gagal mengendalikan anak buah di bawah seliaannya.

"Mereka telah hilang keyakinan kepada Abdullah, sebab itu ada yang tarik diri, letak jawatan, tolak perlantikan bahkan ada juga yang keluar parti," ujarnya lagi.

Pergolakan dalaman Umno-BN sekarang ujarnya, hendaklah dilihat sebagai suatu peringatan kepada parti pembangkang.

Pembangkang perlu memperkuatkan kerjasama dan muafakat bagi memastikan agar kesilapan yang sama tidak menimpa pakatan Barisan Altenatif ini, ujarnya./wann

KRISIS ISTANA DAN UMNO

krisis istana dan UMNO semakin parah.menteri besar terangganu Ahmad Said yang baru diperkenankan sultan akan dipecat oleh UMNO sekiranya terima jawatan itu

Saturday, March 22, 2008

JAMUAN RAKYAT

assalamualaikum pak din,,
apa khabar?,,
syukur kita ke hadrat ilahi,kerna diberi limpah kurnia olehNya,,memenangi beberapa negeri.dan sekarang kita meraikan kemenangan dengan mengadakan kenduri2 disetiap kawasan.dengan itu kita boleh merapatkan hubungan diantara wakil rakyat dan pengundi.bak kata pepatah,,yang jauh didekatkan,yang dekat dimesrakan,,,dan disini saya ingin menyatakan,kita jgn lupa masih ada segelintir masyarakat kita yg gila kuasa,sanggup mengaku bekerja keras untuk parti,sedangkan semasa kita menjalankan aktiviti selepas penamaan calon mereka ini menghilang ,dan sekarang mereka ini bangkit dengan mengangkat tangan "kami telah MENANG" .dan sanggup melobi seseorang untuk jawatan dan mereka merangka JKKK bayangan.
disini kita harus berhati2 dgn golongan ini dan kita harus bekerja keras drpd sekarang menyalurkan maklumat kpd semua.


Jamuan rakyat bersama pemimpin DUN PAYA JARAS.

Tarikh : 23hb mac 2008
Hari : AHAD
Masa : 12.00 t/hari - 3.00 ptg
Tempat : JLN LENCONGAN BBSB
FASA 1D,BNDR BARU SG BULOH

tetamu jemputan;

YB DATO' HASSAN ALI (exco ker.n.selangor/pesuruhjaya pas)
YB USTZ NASIR ZAKARIA (ahli parlimen pdg terap/YDP PAS sbg)
YB R.SIVARASA (ahli parlimen subang)
SDR MOHD KHAIRUDDIN HJ OTHMAN (calon N 38)

Anwar jamin pemberian kontrak lima negeri pembangkang secara telus, tiada komisen

Johari Jaafar
Sat | Mar 22, 08 | 1:09:25 pm MYT

IPOH, 22 Mac (Hrkh) - Penasihat Parti KeAdilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan lima kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS, KeADILan dan DAP akan mengamalkan pemberian kontrak secara telus dan tidak ada 'jalan belakang' untuk mendapatkan kontrak.

"Kelima-lima Kerajaan Negeri akan mengamalkan pendekatan yang sama, kita akan bersikap telus dalam pemberian kontrak dan pelabur-pelabur jangan bimbang tidak ada komisen yang diminta," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, di Pejabat Menteri Besar Perak semalam.

"Kita akan pastikan semua projek pelaburan di lima negeri, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan mendapat kelulusan segera dan dikendalikan secara telus.

"Kita juga akan memastikan proses pelaburan di kelima-lima Kerajaan Negerui ini berjalan licin dan tidak ada kebocoran," katanya lagi.

Menurut beliau lagi, kelima-lima kerajaan negeri memberi jaminan kepada pelabur-pelabur asing dan tempatan akan mengwujudkan iklim pelaburan baik dengan harapan ianya dapat menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.

"Saya akan melawat negara Arab minggu depan serta menemui beberapa syarikat besar China dan perkara tersebut akan dimaklumkan kepada mereka bagi menarik minat mereka melabur di kelima-lima buah negeri ini," jelasnya.

Menurutnya lagi, kelima lima kerajaan negeri tersebut perlu menumpukan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.

Jika ianya gagal dilakukan kelima-lima negeri tidak akan dapat mengagihkan kekayaan dengan adil dan saksama kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum yang baru lalu, katanya./wann.

Anwar tegaskan 'beli orang' bukan tradisi KeADILan, PAS dan DAP

Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Mar 22, 08 | 10:24:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata emang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemuinya yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beliau menegaskan 'beli orang' seperti yang didakwa Umno/BN bukan tradisi parti pembangkang.

"Memang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemui saya dan prinsip kita siapa sahaja yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beli orang bukan tradisi kita," katanya.

"Kalau ada yang berbicara soal (bayaran) kita batalkan perbincangan sama sekali...kita tidak terburu-buru kerana kita mempunyai waktu," katanya.

Anwar juga berkata pihaknya akan membuat pengumuman mengenai kedudukan Ahli Parlimen Serian, Dato' Richard Riot Anaj Jaem selepas parti itu mendapat surat rasmi mengenainya.

Beliau berkata demikian dalam satu laporan akhbar versi internet (klpost) ketika ditanya mengenai berita mengenai Richard Riot yang dikatakan telah menyertai KeADILan.

Mengulas mengenai laporan bahawa KeADILan sedang melobi anggota Parlimen BN menyertai pakatan KeADILan, PAS dan DAP, beliau mendakwa ramai anggota parlimen BN telah menyatakan hasrat menyertainya tetapi pihaknya tidak mahu terburu-buru.

Beliau mengakui telah mengadakan perjumpaan dengan wakil BN di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung.

Wakil rakyat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Richard Riot bakal menjadi ahli parlimen Pertama meninggalkan BN jika perkara itu berlaku namun Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan semalam menganggap ia sebagai khabar angin dan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan daripada Richard.

Pakatan KeADILan, PAS dan DAP kini menguasai 82 kerusi Parlimen manakala BN mempunyai 140 kerusi. Majoriti mudah yang diperlukan untuk menguasai parlimen ialah 112 kerusi.

Sebelum itu, Anwar berkata lima kerajaan negeri yang diperintah PAS, DAP dan KeADILan memberi jaminan kepada pelabur asing dan tempatan semua projek pelaburan di negeri-negeri terbabit diberi kelulusan segera dan dikendalikan secara telus.

"Kita akan pastikan proses pelaburan di negeri-negeri ini (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) berjalan licin dan tidak ada kebocoran," katanya pada sidang akhbar selepas berjumpa Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak.

Beliau berkata kepimpinan tiga parti itu memberi jaminan kepada para pelabur asing dan tempatan akan mewujudkan iklim pelaburan tersebut dalam usaha mereka memberi tumpuan utama menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri.

Anwar berkata beliau akan melawat negara Arab minggu depan serta menemui beberapa syarikat besar China dan perkara berkenaan akan dimaklumkan kepada mereka bagi menarik mereka melabur di negeri-negeri terbabit.

Beliau berkata lima kerajaan negeri itu perlu memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kerana jika perkara itu gagal dilaksanakan, kerajaan negeri terbabit tidak akan dapat mengagihkan kekayaan dengan adil dan saksama kepada rakyat seperti dijanjikan dalam pilihan raya.

Jika PM dengar suara rakyat, bebaskan tahanan ISA-Hindraf - Kit Siang

Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Mar 22, 08 | 11:34:45 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Jika benar Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa beliau mendengar suara hati rakyat, beliau mesti membebaskan segera lima pemimpin Hindraf yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bekas Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Lim Kit Siang berkata, dua hari selepas pilihan raya, Abdullah dipetik dalam sebuah rencana di akhbar Asian Wall Street Journal sebagai berkata 'telah mendengar suara rakyat dan akan menumpukan kepada usaha menangani perpecahan yang jelas berlaku sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum lalu.'

Lim berkata, Abdullah juga berkata akan mengambil inisiatif baru dan konkrit, dan bukan sekadar retorik semata-mata, untuk menyatupadukan rakyat dan memastikan tiada yang ketinggalan kemakmuran negara sama ada Melayu, Cina dan India.

Sehubungan itu Kit Siang mengingatkan Abdullah bahawa antara punca berlakunya tsunami politik dan kekalahan teruk BN ialah merosotnya undi kaum India sebanyak 35 peratus daripada 82 peratus.

"Kemerosotan sokongan pengundi India telah hampir-hampir melenyapkan MIC di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri-semuanya akibat daripada peminggiran selama ini kaum India di Malaysia dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan agama - yang telah melahirkan Hindraf dan fenomena 'Makkal Sakti' (kuasa rakyat)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya semalam berhubung tuntutan membebaskan lima tahanan ISA-Hindraf.

Kit Siang juga mempersoalkan mengapa sejak 13 hari lalu, Abdullah tidak membebaskan lima pemimpin Hindraf tersebut, jika beliau benar-benar telah mendengar 'suara rakyat'.

Lima tahanan itu ialah, M Manoharan, P.Uthayakumar, V.Ganabatirau, R Kengadharan dan K.Vasantha Kumar-semuanya ditahan pada 13 Disember lalu selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Dalam pilihanraya umum, Manoharan yang bertanding atas tiket DAP di kerusi Dun Kota Alam Shah di Selangor dan menang dengan majoriti 7,184 undi.

Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata, beliau akan menulis surat kepada Abdullah sebelum mesyuarat kabinet Rabu depan supaya membebaskan segera tanpa syarat pemimpin-pemimpin Hindraf.

Katanya, pembebasan ini satu ujian terhadap Abdullah sama ada beliau benar-benar mahu mendengar hasrat rakyat selepas tsunami.

Abdullah yang makin hilang populariti, Khairy yang makin menyepi

Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Mar 22, 08 | 9:24:04 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang bertanding di Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin menegaskan golongan muda negara ini tidak meletakkan sebarang harapan untuk kabinet yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini kerana baginya, kabinet ini masih penuh dengan pemimpin rasuah dan rosak.

"Pengumuman kabinet ini juga telah telah membuktikan Abdullah makin hilang populariti dan makin lemah dalam kerajaan apabila dua timbalan menteri mengumumkan penolakan sebaik sahaja diumumkan lantikan," ujar Badrul Hisham.

Beliau berkata demikian dalam satu ulasannya terhadap peletakan jawatan dua timbalan menteri sejurus selepas pengumuman barisan kabinet baru Perdana Menteri baru-baru ini.

Abdullah panik

Keadaan lebih parah apabila Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri MOhd Radzi Sheikh Ahmad sendiri meletakkan jawatan dengan di ikuti perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Khir Toyo di Selangor, katanya.

Pengumuman kebinet penuh dengan kontroversi dan protes, sementara ketidakhadiran menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dalam kabinet boleh dianggap kejayaan peribadi Badrul Hisham dan jentera rakyat dalam menyekat sedikit kegilaan kuasa menantu PM ini, katanya.

Namun bagaimanapun ini bukan tanda Khairy sudah berjaya disekat sepenuhnya, katanya.

Sementara itu Badrul Hisham juga melihat Abdullah jelas panik dengan usaha 50 orang 'orang kuat wanita' yang berhimpun di rumahnya yang memprotes tindakan tidak melantik Dato' Seri Rafidah Aziz dalam kabinet.

Sebagai bukti Abdullah lewat petang selepas pengumuman kabinet telah melantik Timbalan Ketua Wanita Umno, Sharizat Jalil yang kalah di Lembah Pantai sebagai penasihat khas Perdana Menteri bertaraf Menteri (gaji dan elaun sama dengan menteri), katanya.

"Sharizat memikul tugas mengepung sokongan wanita kepada PM, ada yang mengatakan PM berharap Rafidah kecewa dan kemudian meletakkan jawatan.

Abdullah hadapi masa sukar

"Namun nampaknya Abdullah akan menghadapi masa sukar apabila Rafidah memilih kekal sebagai Ketua Wanita dan membuat kerja protes dari dalaman parti.

"Begitu juga PM kecewa apabila tindakan disiplin terhadap Mukhriz yang mendesak beliau meletakkan jawatan langsung tidak dibincang dalam Mesyuarat Pemuda Umno Pusat.

"Sebaliknya ada beberapa peringkat pemuda seperti Pemuda Umno Johor yang mula menyatakan persetujuan terbuka terhadap surat Tengku Razaleigh Hamzah (Ku li) mendesak Mesyuarat Agong Khas Umno," ujar Badrul Hisham.

Perletakan jawatan Khir yang mengatakan beliau bertanggungjawab penuh terhadap pencapaian Umno/BN adalah isyarat berat buat Abdullah dan keluarganya, kata Badrul Hisham.

Kebencian terhadap Abdullah dan anak menantu

Sebenarnya selain angin perubahan dan populariti Penasihat KeADILan, Anwar Ibrahim antara punca besar kekalahan BN ialah kerana kebencian dan penolakan rakyat kepada Abdullah yang lemah dan menantu serta anak yang tamak, katanya.

"Abdullah juga perlu mengambil tanggungjawab terhadap apa yang terjadi !!

"Mengenai kumpulan-kumpulan yang bangkit kononya pro kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) saya menyeru semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor menghormati hak kumpulan ini menyatakan pendapat.

Namun ugutan menggunakan ISA oleh Ketua Polis Pulau Pinang perlu difikirkan semula dan tidak wajar, katanya.

Monyet dan beruk

"Cuma saya mempelawa pihak-pihak tersebut (yang pro-DEB) berdebat secara ilmiah dengan mengambil kira realiti dalam perkara ini. Perdebatan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat adalah budaya demokrasi matang dan maju," ujarnya.

Kata Badrul Hisham, ketika beliau turun ke jalan raya budaya perdebatan dan media jelas terpenjara.

"Adakah menantu PM sudah menarik semula tuduhan atau gelaran kepada mereka yang melakukan protes jalan raya sebagai monyet dan beruk?

"Jika belum sewajarnya kumpulan ini pergi dahulu meminta menantu PM menarik tuduhan itu," katanya.

Tegas Badrul Hisham kumpulan-kumpulan yang mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang perlu memberanikan diri bertanyakan bagaimana menantu Perdana Menteri menggunakan nama Melayu dalam parti Melayu melakukan perkara berikut :

1) Mendapat RM9.2 juta membeli ECM libra dan dalam tempoh dua bulan mertuanya menjadi PM memaksa ECM Libra bergabung dengan Avenue Capital sebuah syarikat negara yang menguruskan berbilion aset negara, dan kemudian setelah perkara ini terbongkar menjualkan peganganya dalam Ecm Libra.Jika perkara ini sah kenapa perlu dijual dan kepada siapa ia dijual?
2) Penglibatan Khairy dalam menjual Pantai Holding kepada Singapura dan kemudian kerajaan terpaksa membazirkan wang berlipat kali ganda membeli syarikat ini semula?
3) Isu kedaulatan Selatan Johor yang tergadai atas nama WPI yang menjemput Singapura mentadbir wilayah Malaysia
4) Penjelasan mengenai kontrak dan tender kerajaan yang dimiliki Scomi (milik Kamaluddin Abdullah).
5) Skandal 'oil for food' (Iraq) mana keluarganya mendapat keuntungan atas nama negara dan kenapa BSA Tahir, rakan perniagaan KamaLudin Abdullah ditahan ISA.

Jangan duduk bawah ketiak bapa mertua

Justeru beliau mencabar menantu PM yang cuba menjadi juara Melayu dan DEB untuk berdebat di mana-mana pentas terbuka selepas takut untuk hadir di pentas yang disediakan oleh keADILan semasa PRU-12 di Rembau.

"Menantu perlu berani keluar 'bertempur' secara jantan bukan setakat berkokok dibawah lindungan ketiak bapa mertua," tegasnya sinis.