Tuesday, March 18, 2008

957 Undi di Parlimen Rembau hilang?

Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Mar 18, 08 | 10:26:10 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Laman blog Rembau Hari Ini (Rembau-Hari-Ini.blogspot.com) mendedahkan mengenai fakta yang diambil dari Keputusan Penuh Pilihan raya Umum Ke-2 2008 yang tersiar dalam Utusan Malaysia (Isnin 10 Mac 2008 muka surat 23).

Laman tersebut menulis, sepatutnya jumlah kertas undi yang dikeluarkan di peringkat DUN dan Parlimen sepatutnya sama.

Di Parlimen Rembau ada empat DUN, iaitu Paroi, Chembong, Rantau dan Kota. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan untuk empat DUN ini sepatutnya sama dengan jumlah kerusi Parlimen Rembau.

Tetapi apabila dijumlahkan semuanya ini didapati 957 undi di Parlimen Rembau telah hilang.

"Mana pergi 957 undi di peringkat Parlimen Rembau ini? Apa alasan SPR akan berikan?"

Berikut pengiraan undi tersebut :
Parlimen Rembau : Undi BN 26525 + Undi KeADILan 20779 + Undi Rosak 1066 = 48370
< DUN Paroi : Undi BN 8316 + Undi PAS 9423 + Undi Rosak 299 = 18038
DUN Chembong : Undi BN 7017 + Undi PAS 2944 + Undi Rosak 175 = 10136
DUN Rantau : Undi BN 7739 + Undi KeADILan 3956 + Undi Rosak 371 = 11966
DUN Kota : Undi BN 6278 + Undi PAS 2665 + Undi Rosak 244 = 9187
Jumlah undi empat DUN : 49327 � Jumlah undi Parlimen 48370 = (957 UNDI HILANG)

FAKTA LAIN :

Calon Parlimen Rembau Badrul Hisham Shaharin dari Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) mendapat lebih 1791 undi dari jumlah empat DUN undi yang diperolehi PAS dan KeADILan.

Calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin BN mendapat kurang 2825 undi dari jumlah empat DUN yang diperolehi BN.

Ini bermakna 4616 pengundi mengundi BN di peringkat DUN , tetapi mengundi KeADILan di peringkat Parlimen. - mks.

No comments: